#MODENASPrihatin hulur sumbangan buat Hospital Sultanah Bahiyah

oleh Mohamad Hanif|
Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) tampil menghulurkan sumbangan bagi membantu para petugas baris hadapan yang bertungkus lumus mengekang penularan wabak COVID-19.

Misi kemanusiaan di bawah tandapagar #MODENASPrihatin ini bertujuan untuk meringankan beban para petugas yang telah sedaya upaya menjalankan tugas tanpa mengenal penat lelah.

 


Hari ini, MODENAS serta pekerja-pekerjanya telah berkunjung ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk menyampaikan sumbangan berbentuk barangan seperti kipas, cerek elektrik, serta air mineral.

Menurut CEO MODENAS, Roslan Roskan berkata, "sumbangan ini walaupun dilihat kecil, ia diharap dapat memberikan sedikit keselesaan kepada kakitangan hospital yang telah bertungkus lumus merawat pesakit, selain meletakkan risiko yang cukup tinggi terhadap kesihatan sendiri.

 


"Ia juga sebagai tanda penghargaan buat para doktor, jururawat, sukarelawan, pembantu perubatan serta tidak ketinggalan para pegawai keselamatan yang terpaksa meninggalkan anak kecil dan keluarga demi keselamatan negara," tambah beliau lagi.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Thailand mencatatkan rekod sebagai negara pertama yang berjaya menganjurkan pameran automotif…
Berita Global
Hal ini disahkan kepada WOSU oleh salah seorang pekerja Honda yang diminta untuk melakukan kerja-…
Informasi
“Sumbangan Perodua ini merupakan tanda penghargaan kepada masyarakat sekeliling yang telah…