Modenas/Kawasaki - penantian bakal berakhir

oleh HEZERI SAMSURI|
Setelah sekian lama menyepi diri, projek usahasama antara Modenas dan Kawasaki dikatakan akan mula bergerak ke hadapan.

Oktober tahun lalu, CEO Modenas, Roslan Roskan pernah berkongsi bahawa model Ninja 250 SE ABS akan dilancarkan pada penghujung suku pertama tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun begitu, tiada lagi sebarang perkembangan dari Modenas dan ini menyebabkan ramai peminat dan pemilik Kawasaki runsing akan masa hadapan jenama Jepun itu.

Sumber Careta memberitahu bahawa isu sebenar yang melanda projek ini ialah berkaitan kontrak pengedar lama Kawasaki dan juga pihak Kawasaki Heavy Industries (KHI). Modenas diberitakan sukar untuk membuat sebarang usaha penjenamaan Kawasaki kerana kontrak lama yang belum "diselesaikan" secara rasmi.

Careta juga diberitahu bahawa segala kekusutan tersebut baharu sahaja berakhir minggu lalu dan Modenas kini boleh menumpukan sepenuh perhatian untuk projek usahasama syarikat tempatan itu dengan Kawasaki.

Pemilik-pemilik Kawasaki yang menghubungi Careta menyatakan rasa risau mereka kerana kebanyakan pengedar jenama itu sudah beralih arah kepada jenama lain.

"Bengkel yang lain telah menurunkan papantanda Kawasaki, walaupun mereka masih membantu kami dari segi servis dan waranti. 

Tanpa sebarang berita dari Kawasaki atau Modenas, memang kami sebagai pemilik risau," ujar seorang pemilik Versys yang menghubungi Careta.

 

 

KHI telah meningkatkan ekuiti sahamnya di dalam Modenas dari 19 peratus kepada 30 peratus pada tahun 2019 dengan nilai RM40.3 juta. 

KHI juga akan membeli 52,000,000 saham keutamaan boleh tukar (Convertible Preference Shares) yang akan dikeluarkan oleh Modenas, dan ia bakal meningkatkan saham KHI di dalam Modenas kepada 48 peratus. KHI sebenarnya memang sudah menjadi pemegang saham Modenas sejak dari awal penubuhan syarikat motosikal nasional itu.

Careta juga sudah melawat kilang Modenas di Gurun dan melihat ia sudah berserdia untuk memulakan projek pemasangan tempatan motosikal Kawasaki di sana. Dijangka model-model usahama Modenas Kawasaki akan dijual dengan harga yang lebih mampu milik. 

Untuk peminat Kawasaki, nantikan berita gembira dalam masa terdekat ini. 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Pelancaran Motosikal
Warna baharu yang diterima oleh Kawasaki Z900 ABS adalah warna Candy Persimmon Red/Ebony yang…
Model Terbaharu
Kehadiran warna baharu itu menggantikan warna Metallic Matte Graphenesteel Grey/Ebony di mana…