Modenas Z650 RS untuk tahun 2022?

oleh HEZERI SAMSURI|
Kemunculan varian Z900RS dari Kawasaki memang tepat pada waktunya kerana tren motosikal retro semakin mendapat perhatian.

Sayangnya tidak seperti Zephyr yang mempunyai pelbagai varian enjin (dari 400, 550, 750 sehingga 1100cc), Z900RS hanya mempunyai dua varian, RS dan RS Cafe Racer yang menggunakan enjin yang sama.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Nampaknya ini bakal berubah kerana ada desas-desus kuat yang mengatakan bahawa Kawasaki bakal melancarkan varian Z650RS untuk tahun 2022, menggunakan enjin 649cc DOHC 8-injap silinder kembar sebaris (inline twin) yang juga terpakai pada model-model popular Kawasaki seperti ER6N, ER6F, Versys 650 dan Z650. 

Menurut media-media barat, model Z650RS akan bersaing dengan Royal Enfield Intercepter 650 yang mendapat sambutan ramai. Enjin Z650RS sepatutnya mampu menghasilkan 69hp dan 64Nm, lebih tinggi dari Interceptor yang menghasilkan 47hp dan 52Nm.

 


 

 

Rekabentuk Z650RS juga dijangka tidak akan jauh berbeza dari Z900RS yang juga popular di sana. Untuk Malaysia, di mana pasaran motosikal tidak begitu besar, harga Z900RS yang melebihi dari RM60,000 menjadikan ia tidak begitu menarik. Keputusan Kawasaki untuk hanya memasang model ini di Jepun sahaja tidak membantu dalam memberikan model ini harga yang lebih mampu.

Kawasaki juga kini telah berubah arah untuk duduk bersama dengan Modenas. Berita mengenai Kawasaki akan memasang model-model di bawah 700cc di kilang Modenas di Gurun juga sudah muncul sejak awal tahun 2020. Syarikat motosikal Jepun itu telah meningkatkan sahamnya di Modenas kepada 30 peratus dan Modenas juga sudah memperuntukan sebanyak RM5 juta untuk menambah kelengkapan bagi memasang model Kawasaki di sana.

Sekiranya Kawasaki akan meneruskan projek ini, model Z650RS berkemungkinan untuk dipasang secara CKD di kilang Modenas.

 

 

Cuma, apakah kelebihannya untuk menggunakan jenama Modenas pada model-model besar Kawasaki kerana dari segi insentif cukai, pihak MITI akan hanya melihat pelaburan, eksport, penggunaan komponen tempatan, peralihan teknologi dan pengembangan vendor tempatan serta alatan keselamatan yang menurut cadangan Miros.

Kawasaki juga masih tidak bersuara dalam isu pengedaran motosikal mereka kerana sekarang ini, banyak pengedar Kawasaki sudah berhijrah kepada jenama Suzuki yang kini diperkenalkan kembali ke Malaysia oleh Suzuki Malaysia Sdn Bhd, yang dimiliki oleh syarikat pengedar tempatan Kawasaki, Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd.

Jika Kawasaki dan Modenas lambat dalam menyelesaikan kekusutan ini, ia akan memerlukan kos yang lebih tinggi untuk memperkenalkan kembali jenama itu di Malaysia.

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengenalan logo baharu itu selaras dengan tumpuan Modenas terhadap pengembangan global, teknologi…
Berita Domestik
Tetapi ini mungkin ramai rakyat Malaysia tidak tahu, bahawa Kawasaki Ninja ZX-6R juga kini dipasang…
Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…