MODENAS umum pembukaan pusat servis, hanya terima temujanji sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) akan memulakan operasi pusat servis di beberapa cawangan terpilih selari dengan pengumuman Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaubagaimanapun, ia adalah tertakluk kepada prosedur pengendalian standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh MITI.

Berikut merupakan cawangan pusat servis yang dibuka:

Pusat Servis MODENAS Subang, Selangor
Pusat Servis MODENAS Ipoh, Perak
Pusat Servis MODENAS Gurun, Kedah
Pusat Servis MODENAS Kuantan, Pahang

Hari Operasi    : Dua kali seminggu (Isnin dan Khamis)
Masa        : 10.00 pagi hingga 3.00 petang
Permulaan    : 20 April 2020, sehingga diberitahu kelak

Temujanji boleh dibuat menerusi dalam talian menggunakan pautan di bawah:
http://bit.ly/mcobookaservice atau
http://bit.ly/jomservis
 

amalkan penjarakan sosial

Selain daripada itu, para pelanggan juga boleh menghantar mesej WhatsApp ke talian MODENAS Careline di +6019-570 8135.

Para pelanggan akan dihubungi oleh kakitangan cawangan untuk pengesahan slot tarikh dan masa dan hanya akan menerima temu janji berdasarkan asas layanan pertama.

Ini bagi mengehadkan jumlah pelanggan yang memasuki premis serta dalam masa yang sama mempraktikkan penjarakan sosial yang selamat untuk sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

Para pelanggan juga diminta untuk memakai topeng muka dan diperiksa suhu badan sebelum dibenarkan memasuki premis.

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Pelancaran Motosikal
Warna baharu yang diterima oleh Kawasaki Z900 ABS adalah warna Candy Persimmon Red/Ebony yang…
Model Terbaharu
Kehadiran warna baharu itu menggantikan warna Metallic Matte Graphenesteel Grey/Ebony di mana…