MODENAS tawar khidmat selepas jualan depan pintu rumah anda!

oleh Mohamad Hanif|
MODENAS baru-baru ini menawarkan perkhidmatan selepas jualan berupa perkhidmatan bergerak "Direct To Your Door" untuk semua pemilik motosikal moped, skuter dan streetbike jenama Modenas bermula 8 Ogos lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Inisiatif ini adalah bersempena dengan ulang tahun yang ke-25 MODENAS dan usaha untuk terus mengembangkan dan meningkatkan prestasi perkhidmatan selepas jualan.

Perkhidmatan bergerak ini hanya tertakluk berdasarkan temujanji yang dibuat menerusi dalam talian, serta radius 15 km daripada pusat servis yang terpilih sahaja buat masa ini.

Juruteknik servis selepas jualan MODENAS telah dilatih untuk menguruskan keseluruhan proses, di mana mereka akan bergerak menggunakan van atau motosikal yang dilengkapi dengan peralatan yang diperlukan bagi mengendalikan proses penyelenggaraan 'Direct To Your Door'.

Buat masa ini, pusat servis terpilih yang menawarkan perkhidmatan bergerak MODENAS 'Direct To Your Door' adalah seperti berikut:

Pusat Servis MODENAS Ipoh, Perak (Tel: 04-466 8117)
Pusat Servis MODENAS Kuantan, Pahang (Tel: 04-466 8199)
Hari Operasi: Isnin sehingga Sabtu
Waktu Operasi:
9.00 pagi-4.00 petang (Isnin-Jumaat)
9.00 pagi-12.30 petang (Sabtu)
Tutup pada Hari Kelepasan Am

Harga yang dikenakan pula adalah bergantung kepada jenis penyelenggaraan serta tambahan RM10 untuk bayaran caj perkhidmatan.

Jenis – jenis penyelengaraan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

 

MOPED / CUB

SKUTER

“STREET BIKE”

  • Gantian minyak enjin dan penapis
  • Palam Pencucuh
  • Pelapik Brek (FR/RR)
  • Pelindung  Brek
  • Bateri
  • Mentol (FR/RR)
  • Mentol LampuI syarat
  • Set Pacuan  Rantai
  • Tayar
  • KabelBrek
  • Klac
  • Gegelung
  • Gantian minyak

enjin dan penapis

  • Minyak Transmisi
  • Pelapik Brek (FR/RR)
  • Penapis Udara
  • Bateri
  • Kabel Brek

 

  • Gantian minyak enjin dan penapis
  • Pelapik Brek (FR/RR)
  • Kabel Klac
  • Bateri
  • Mentol Lampu Hadapan (Hanya untuk model NS200)
  • ECU

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Pelancaran Motosikal
Warna baharu yang diterima oleh Kawasaki Z900 ABS adalah warna Candy Persimmon Red/Ebony yang…
Model Terbaharu
Kehadiran warna baharu itu menggantikan warna Metallic Matte Graphenesteel Grey/Ebony di mana…