Modenas sah tidak teruskan pembangunan Super Moped 150cc

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sayang seribu kali sayang, kita tidak dapat untuk melihat syarikat motosikal negara, Modenas memberikan cabaran kepada segmen super moped yang dikuasai Yamaha Y15ZR, Honda RS150R, serta SYM VF3i. 

Hal ini disahkan sendiri oleh Pengarah Urusan DRB-Hicom Berhad, Dato' Sri Syed Faisal Albar ketika satu sesi soal jawab bersama media di Melaka, tempoh hari. 

Menurut beliau lagi, pembatalan model ini juga berkaitan dengan regulasi emisi Euro4. 

Seperti mana yang kita sedia maklum, pasukan jurutera Modenas berkampung di Universiti Graz, Austria selama tiga tahun bagi membikin enjin moped ini.

 



Gambar model Modenas juga sudah pun terbocor di laman sosial menampakkan bahawa Modenas sudah pun bersedia untuk memberikan saingan kepada segmen kegemaran ramai pada ketika ini. 

Kami pasti ramai yang kecewa dengan perkembangan ini, namun mungkin Modenas ada perancangan lain pada masa hadapan. 

Siapa sangka, satu hari nanti mereka akan kembali merajai segmen ini? 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Jika anda masih ingat, tahun lalu Careta pernah melaporkan berita pembatalan projek tersebut dari…