Modenas sah pasang motosikal Kawasaki di Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu perkembangan menarik yang kami terima dari Port Dickson, Modenas bakal membawakan beberapa buah model baharu yang disumberkan daripada rakan kongsi Kawasaki untuk pasaran Malaysia.
Modenas

Dalam satu sesi dialog bersama pengamal media, Roslan Roskan selaku CEO MODENAS mengesahkan pengeluar tempatan tersebut akan mula memasang model Kawasaki yang dijenamakan kepada Modenas. 

Dengan pegangan Kawasaki kini meningkat kepada 30 peratus, mereka kini bukan lagi pemegang saham kecil, sebaliknya terlibat secara terus dalam operasi pengeluaran produk. 

Ketika ditanya, Roslan Roskan tidak memberikan jawapan yang spesifik, namun mereka dalam fasa terakhir untuk membuat keputusan dan menunggu pengumuman rasmi daripada MODENAS. 

Namun, berdasarkan bayangan yang diberikan, antara model yang bakal dipasang oleh MODENAS merupakan model sedia ada seperti Ninja 250 dan Versys. 

 


Beliau turut menambah, para pengguna di Malaysia tidak perlu risau akan kualiti pemasangan kerana ia akan mengikut spesifikasi dan pemantauan oleh KHI itu sendiri. 

Ini bermakna, kerjasama MODENAS-Kawasaki akan memproduksikan model-model bertaraf premium manakala MODENAS-Bajaj pula akan terus menjadi pilihan kepada model aras mula dan bajet rendah. 

Apapun, tunggu dan lihat sahaja apakah perkembangan yang bakal dibawakan oleh MODENAS untuk pasaran tempatan. 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Sebelum ini, Modenas sebenarnya mengeksport keseluruhan enjin Kawasaki ke Filipina tetapi sekarang…
Informasi
Bagai 'Sudah jatuh ditimpa tangga', satu-satunya motosikal miliknya juga tidak dapat digunakan…
Berita Domestik
Pakej Servis MODENAS bermula pada hari ini 18 Mei 2020 dan berlangsung sehingga 31 Julai 2020,…