Modenas Pulsar RS200 kini dengan warna, grafik baru, harga dari RM9,990

oleh Mohamad Hanif|
Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) baru-baru ini memperkenalkan pilihan warna dan rekaang grafik baru untuk model street bike Modenas Pulsar RS200.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tiga warna baharu itu adalah Pearl Metallic White, Pewter Grey dan Burnt Red.

 


Selain daripada itu, terdapat juga kemasan rim berwarna putih, kemasan karbon di hadapan dan belakang, logo Pulsar di bahagian pelana, serta skema grafik baharu bagi menaikkan seri RS200 ini.

Dari segi kuasa, Modenas Pulsar RS200 kekal dengan enjin DTS empat lejang sejukan cecair yang menghasilkan 24.5 PS dan 18.6 Nm daya kilas serta dibantu dengan ciri brek anti-kunci ABS saluran tunggal.

 


Aspek pengendalian terdiri daripada penyerap hentak teleskopik di hadapan, penyerap hentak Nitrox di bahagian belakang, serta sistem brek cakera 300 mm depan dan 230 mm di bahagian belakang.

Harga jualan kekal seperti yang ditawarkan pada model terdahulu, iaitu RM9,990 atas jalan tanpa insurans dan cukai jalan.

 


Bagi mereka yang berminat, penawaran baharu ini boleh didapati di wakil pengedar MODENAS yang sah bermula 26 Mac ini.

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Pelancaran Motosikal
Warna baharu yang diterima oleh Kawasaki Z900 ABS adalah warna Candy Persimmon Red/Ebony yang…
Model Terbaharu
Kehadiran warna baharu itu menggantikan warna Metallic Matte Graphenesteel Grey/Ebony di mana…