Modenas Pulsar NS200 kini dengan ABS - harga dari RM9,655!

oleh Mohamad Hanif|
MODENAS dalam satu kemaskini mengumumkan penambahan varian baharu kepada Pulsar, iaitu Modenas Pulsar NS200 kini dilengkapi dengan ciri brek anti-kunci (ABS) untuk pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini menjadikan Modenas Pulsar NS200 ABS antara model jalanan naked mampu milik dalam siri Pulsar yang dilengkapi dengan ciri brek anti-kunci, sekaligus memberikan lebih nilai untuk setiap wang yang dibelanjakan. 

Dari segi kuasa, Modenas Pulsar NS200 masih kekal dengan enjin silinder tunggal bersesaran 200 cc DTS-i menghasilkan 24 kuasa kuda dan daya kilas 18.6 Nm. 

Terdapat dalam empat warna pilihan iaitu Graphite Black, Mirage White, Wild Red dan Yellow, harga jualan Modenas Pulsar NS200 kini bermula dari RM9,655.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Segmen tradisional atau lebih tepat lagi motosikal berenjin pembakaran dalaman di Vietnam kini…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang suspek…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azman Mat Kamis, berkata siasatan awal mendapati ketika…