Modenas Pulsar NS200 ABS 2021 kini dengan pilihan warna baharu, harga kekal RM9,655

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) hari ini secara rasmi memperkenalkan pilihan warna dan reka bentuk grafik baharu bagi model motosikal Pulsar NS200 ABS.

Sejak dilancarkan pada Mei 2017, Modenas Pulsar NS200 ini telah menjadi model street bike yang popular di Malaysia dengan unit jualan melebihi 8,000 unit di seluruh negara.
 

NS200


Tiga warna baharu yang ditawarkan iaitu Plasma Blue, Burnt Red dan Pewter Grey yang diselangi dengan grafik baharu yang menambah lagi daya tarikan terhadap Modenas Pulsar NS200 ini.

Dari segi spesifikasi, ia membawakan enjin 200 cc DTS-i dengan kuasa maksimum 24 hp dan daya kilas 18.6 Nm, dan tidak ketinggalan ciri keselamatan brek anti-kunci ABS.

Aspek tunggangan pula dibantu dengan penggunaan suspensi fork teleskopik hadapan dengan sesendal anti geseran, sementara suspensi belakang pula adalah jenis gas daripada Nitrox yang menawarkan tunggangan yang menyeronokkan.
 

NS200


Harga jualan Modenas Pulsar NS200 ABS 2021 bermula dari RM9,655 atas jalan tanpa insurans dan cukai jalan dan boleh didapati bermula Oktober ini.