Modenas Pulsar NS160 rasmi dilancarkan - harga bermula dari RM7.6k

oleh Mohamad Hanif|
Modenas nampaknya mahu terus menguasai pasaran motosikal tempatan dengan melancarkan dua buah model baharu, iaitu Pulsar NS160 dan juga Kriss 110.

Majlis pelancaran kedua-dua buah motosikal tersebut berlangsung di Hotel Istana, ibu negara siang tadi. 

 


Modenas sudah pun mempunyai model kembar NS200 dan RS200 yang dilancarkan pada tahun lalu. 

Namun, versi yang diturunkan sesarannya ini sebenarnya sudah pun lama dilancarkan di India, dan kini ia dibawa masuk untuk pasaran tempatan. 

Modenas Pulsar NS160 dikuasakan oleh enjin silinder tunggal sejukan cecair bersesaran 160.3 cc yang menghasilkan 14.81 kuasa kuda dan 13.99 Nm daya kilas.

 


Kuasa disalurkan kepada roda menerusi transmisi manual klac basah berbilang cakera dengan lima nisbah kelajuan, manakala bahan api pula disuap menerusi sistem suntikan bahan api BOSCH. 

Dari segi spesifikasi suspensi, ia membawakan fork teleskopik yang dilengkapi dengan Anti-friction Bush di hadapan, dan penyerap hentak tunggal Nitrox dengan Canister di bahagian belakang. 


Dari segi luaran, ia dilengkapi dengan bentuk yang garang dan sporty, serta turut dilengkapi dengan penggunaan lampu LED sepenuhnya.

Kapasiti tangki pula adalah 12 liter. 

 


Menurut Syed Faisal Albar di dalam ucapannya, beliau juga berharap varian Pulsar terbaharu ini akan mendapat sambutan yang hangat, sama seperti model-model yang telah dilancarkan sebelum ini (Pulsar, V15, dan Dominar). 

Harga jualan bermula dari RM7,577.

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pakej Servis MODENAS bermula pada hari ini 18 Mei 2020 dan berlangsung sehingga 31 Julai 2020,…
Berita Domestik
Kempen yang bermula dari 2 Mei 2020 sehingga 31 Ogos 2020 ini menawarkan rebat tunai sebanyak RM1,…
Berita Domestik
Berikut merupakan pusat servis yang akan dibuka untuk perniagaan: Pusat Servis MODENAS Subang,…