Kedua-duanya hadir dengan nadi 451 cc dua silinder sebaris DOHC sejukan cecair dipadankan dengan transmisi enam kelajuan, menghasilkan kuasa sehingga 45 HP dan 42.6 Nm.

Untuk pengetahuan anda, enjin tersebut merupakan unit sama digunakan oleh model cruiser gaya klasik yang dilancarkan pada November 2024, iaitu Modenas Eliminator 500.
Casis yang digunakan pada Ninja 500 berasaskan platform Kawasaki 250, menjadikannya lebih ringan dengan kendalian lebih baik dalam kelasnya.

Secara standard, Ninja 500 hadir dengan sistem pencahayaan lampu LED moden yang lebih kompak, panel badan baharu dengan bukaan bahagian sisi lebih besar untuk aliran udara lebih baik.
Ciri moden diteruskan dengan fungsi ketersambungan telefon pintar untuk membolehkan akses kepada data tunggangan yang lebih pantas.

Modenas Ninja 500 hadir dengan satu pilihan warna sahaja iaitu Hitam, dengan harga ditawarkan bermula dari RM28,100 tidak termasuk insurans dan cukai jalan.
Membezakan Modenas Ninja 500 SE ialah beberapa penambahan ciri seperti port USB Type-C, tanpa kunci KIPASS (Kawasaki's Intelligent Proximity Activation Start System), dan paparan meter TFT berwarna.

Ninja 500 SE hadir dengan dua pilihan warna iaitu Lime Green dan Hitam/Merah dengan harga ditawarkan bermula dari RM30,100 tidak termasuk insurans dan cukai jalan.