MODENAS Ninja 250 ABS, Z250 ABS dapat penarafan lima bintang MyMAP

oleh Mohamad Hanif|
Edaran Modenas Sdn Bhd mengumumkan dua buah model motosikal iaitu MODENAS Ninja 250 ABS dan MODENAS Z250 ABS berjaya menerima penarafan lima bintang di bawah Program Penilaian Motosikal Malaysia (MyMAP).

Penganugerahan tersebut diberikan sejurus proses penilaian dan audit yang dilalui MODENAS pada Oktober 2022 yang lalu.
 

MODENAS


Program MyMAP merupakan usaha kerajaan dalam menaiktaraf tahap keselamatan motosikal di Malaysia dengan mengintegrasikan teknologi dan fungsi keselamatan baharu pada motosikal berkapasiti rendah.

Ia dibentuk berdasarkan pengalaman MIROS dalam membangunkan Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).

Selain daripada sistem brek ABS, kedua-dua model tersebut mendapat teknologi keselamatan yang sama seperti klac Assist & Slipper, indikasi tunggangan ekonomi dan Argo Fit untuk pengurusan casis ringan yang efektif.
 

Ninja


Roslan Roskan, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS berkata, “Kami di MODENAS amat berbangga dengan pengiktirafan yang telah dianugerahkan pada kedua-dua model Modenas Ninja 250 dan Modenas Z250 versi ABS.

"Kedua model ini merupakan motosikal pertama yang menerima penarafan 5 bintang MyMAP bagi segmen Naked Bike dan Sports Bike bersasaran 250cc. Dengan itu, kami amat berharap para pembeli akan lebih cakna dalam membuat keputusan ketika membeli motosikal dana lebih mementingkan teknologi keselamatan yang ditawarkan pada setiap motosikal mereka.

"Selain itu, kami di MODENAS akan terus mengaplikasi lebih banyak ciri keselamatan pada model-model kami yang lain," ujarnya lagi.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bagi kategori pengeluar pula, Modenas memenangi anugerah Exceptional Motorcycle Manufacturer 2021-…
Berita Domestik
Sehingga kini, MyMAP telah menganugerahkan penarafan lima bintang kepada sembilan buah model…
Telah Diuji
Versi baharu R15 (atau lebih dikenali R15 Versi 4.0) itu didatangkan dengan nadi silinder tunggal…