Modenas masih lakukan aktiviti eksport - sinaran "hijau" semakin kuat di Gurun

oleh HEZERI SAMSURI|
Modenas, syarikat motosikal nasional masih meneruskan lagi aktiviti mengeksport komponen-komponen motosikal ke negara luar.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roslan Roskan, Modenas menghasilkan dan mengeksport 5,500 unit komponen enjin Kawasaki Barako 175 cc ke Filipina.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Sebelum ini, Modenas sebenarnya mengeksport keseluruhan enjin Kawasaki ke Filipina tetapi sekarang ini hanya empat komponen yang dihasilkan di Gurun dan dihantar ke sana," ujarnya ketika ditemuramah oleh Careta bulan lalu.

Selain dari komponen Kawasaki, Modenas juga sudah memulakan kerja-kerja untuk membekalkan produk Bajaj untuk pasaran Thailand.

 

 

 

"Motosikal Bajaj memang dipasang di Malaysia dan sekarang kami mengeksportnya ke Thailand. Jumlahnya masih rendah kerana Bajaj masih terlalu baharu di Thailand," sambung Roslan.

Modenas juga kini sudah memulakan projek pemasangan sepenuhnya enjin Bajaj di Gurun sejak tiga bulan lalu.

Sebelum ini, enjin Bajaj datang terus dari India.

Modenas juga sudah menyiapkan barisan pemasangan untuk produk-produk Kawasaki. Program itu kini hanya menunggu pengesahan dari  jurutera-jurutera Kawasaki Heavy Industries, Jepun sebelum ia boleh diteruskan.

Model yang bakal dipasang di Gurun untuk permulaan ialah Ninja 250 dan Z250.

 

Tags

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Pelancaran Motosikal
Warna baharu yang diterima oleh Kawasaki Z900 ABS adalah warna Candy Persimmon Red/Ebony yang…
Model Terbaharu
Kehadiran warna baharu itu menggantikan warna Metallic Matte Graphenesteel Grey/Ebony di mana…