MODENAS lancar varian baharu Kriss 110 Disc Brake - dari RM3,877

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) hari ini melancarkan secara rasmi varian baharu kepada motosikal moped terlaris, iaitu Modenas Kriss 110 Disc Brake sebagai penutup tirai tahun 2020.

Bertepatan dengan nama varian tersebut, motosikal moped ini hadir dengan ciri brek cakera dengan angkup piston berkembar untuk roda hadapan, dan masih mengekalkan ciri brek dram di bahagian belakang.

 


Selain daripada itu, Kriss 110 Disc Brake 2020 ini juga menerima ciri yang lebih sporti seperti rim sport dengan tayar tanpa tiub, dan pelindung enjin dan ekzos dalam warna titanium grey.

Lampu hadapan adalah jenis multi-reflektor yang mampu meningkatkan kadar pencahayaan ketika tunggangan pada waktu malam.

 


Antara kemudahan yang didatangkan termasuklah indikasi bahan api dan gear digital, soket pengecasan USB, ruang simpanan bawah pelana sebesar 6.6 liter, dan ciri lampu kecemasan yang sangat berguna ketika dalam situasi yang tidak diduga.

Kriss 110 dikuasakan oleh enjin empat lejang silinder tunggal SOHC sejukan udara yang mampu menghasilkan kuasa 6.6 hp dan daya kilas 6.7 Nm serta memenuhi piawaian pelepasan emisi Euro 3 dan penarafan kenderaan cekap tenaga (EEV).

 


Harga jualan Modenas Kriss 110 Disc Brake bermula dari RM3,877 (tidak termasuk insurans, cukai jalan) dan lengkap dengan jaminan selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km yang mana terdahulu.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penganugerahan tersebut diberikan sejurus proses penilaian dan audit yang dilalui MODENAS pada…
Berita Domestik
Ia merupakan satu-satunya model sports bike bersesaran 250 cc yang didatangkan dengan sistem…
Berita Domestik
Khidmat yang ditawarkan adalah percuma bagi motosikal jenama Kawasaki, serta model Kawasaki yang…