Modenas lancar skuter Kymco AK550 2024, enjin 550 cc, 51 hp, dari RM65,600

oleh Mohamad Hanif|
Modenas membuka tirai tahun 2024 dengan melancarkan skuter maxi terbaharu Kymco AK550 Premium 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Skuter tersebut dikuasakan dengan nadi dua silinder sebaris bersesaran 550.4 cc yang mampu menghasilkan 50.9 hp @ 7,500 rpm dan daya kilas 52 Nm @ 6,000 rpm.
 

AK


Angka tersebut menjadikan skuter AK550 jauh lebih berkuasa berbanding pesaing di dalam kelasnya iaitu Yamaha TMAX (47 hp/55.7Nm) dan SYM TL500 (40 hp/42.5 Nm).

Secara standard, AK550 Premium mempunyai sistem suspensi yang terdiri daripada fork hadapan jenis terbalik, diikuti dengan lengan ayun di belakang.
 

AL


Aspek pemberhentian diserahkan kepada sistem brek cakera berkembar 270 mm di depan, diikuti dengan cakera tunggal 260 mm di belakang yang dibantu dengan teknologi Advanced Intelligent Braking System (AIBS).

Rim bersaiz 15 inci itu dibaluti tayar bersaiz 120/70R-15 di depan, diikuti dengan tayar 160/60R-15 di bahagian belakang.
 

kk


AK550 Premium mempunyai kapasiti tangki bahan api sebesar 14.5 liter, diikuti dengan ketinggian pelana sekitar 785 mm.

Ciri lain termasuklah cermin penghadang angin boleh laras ketinggian, lampu nyalaan siang DRL LED, sistem kawalan cengkaman (TCS), pendikit elektronik, kawalan jelajah serta dua mod tunggangan iaitu Rain dan Power.
 

AK


Selain daripada itu, AK550 Premium turut menyokong aplikasi mudah alih Noodoe menerusi sambungan Bluetooth, di mana fungsi peranti pintar boleh diakses menerusi skrin paparan LCD skuter.

Untuk pasaran Malaysia, Modenas menetapkan harga jualan Kymco AK550 Premium 2024 bermula dari RM65,600, tidak termasuk cukai dan pendaftaran.

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Pelancaran Motosikal
Warna baharu yang diterima oleh Kawasaki Z900 ABS adalah warna Candy Persimmon Red/Ebony yang…
Model Terbaharu
Kehadiran warna baharu itu menggantikan warna Metallic Matte Graphenesteel Grey/Ebony di mana…