Modenas lancar Elegan 250 facelift dengan ABS - RM15,315

oleh HEZERI SAMSURI|
Modenas petang tadi melancarkan model skuter maxi popular mereka, Elegan 250 dengan ciri tambahan teknikal paling penting - 2-channel ABS untuk roda hadapan dan belakang.

Nadinya kekal sama, iaitu enjin silinder tunggal sejukan cecair SOHC 250cc yang menghasilkan 16.5 kW dan daya kilas pada 22.4 Nm.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain dari brek ABS yang sangat membantu dalam meningkatkan prestasi keselamatan menunggang terutama pada permukaan licin, Elegan 250 facelift ini juga menerima pembaharuan-pembaharuan lain seperti:

  • Muka hadapan baharu
  • Lampu hadapan LED (untuk high-beam dan low-beam)
  • Lampu DRL jenis LED
  • Panel instrumen dengan skrin LCD pelbagai fungsi (trip meter, odometer, jam, voltan bateri dan peringatan menukar minyak pelincir enjin)
  • Pengecas USB pada poket hadapan

Ciri-ciri menarik yang sudah ada pada Elegan 250 dikekalkan lagi seperti ruang bawah pelana yang mampu memuatkan dua buah topi keledar, lampu belakang LED bentuk X dan posisi tunggangan yang selesa.

Dua warna ditawarkan untuk Elegan 250 versi ABS ini, iaitu Matte Satin Merah dan Matte Satin Hitam dan boleh didapati di semua pengedar sah Modenas bermula pada November 2020 dengan harga RM15,315.

Elegan 250 ABS juga diberikan waranti selama dua tahun atau 20,000 km (mana yang terdahulu).


 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Pelancaran Motosikal
Warna baharu yang diterima oleh Kawasaki Z900 ABS adalah warna Candy Persimmon Red/Ebony yang…
Model Terbaharu
Kehadiran warna baharu itu menggantikan warna Metallic Matte Graphenesteel Grey/Ebony di mana…