MODENAS Kriss 110, Kriss 110 DB 2023 dapat warna, grafik baru, OTR dari RM3,917

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Motosikal & Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) baru-baru ini mengumumkan ketibaan model Kriss 110 serta Kriss 110 DB 2023 yang diperbaharui untuk tahun 2023.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Antara ciri pembaharuan yang dibawakan termasuklah unit lampu hadapan serba baharu, kehadiran slot pengecasan USB untuk kemudahan penunggang serta skema warna dan grafik baharu.
 

Kriss


Mengikut spesifikasi, MODENAS Kriss 110 dikuasakan oleh enjin silinder tunggal SOHC empat lejang 108 cc yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 6.57 hp @ 8,000 rpm dan daya kilas 6.7 Nm @ 6,000 rpm.

Secara standard, Kriss 110 dibekalkan dengan tangki bahan api sebesar 4.2 liter, penghidup jenis tendang dan elektrik, suspensi hadapan fork teleskopik, penyerap hentak berkembar belakang, ruang simpanan sebesar 6.6 liter, serta sistem brek gelendong depan dan belakang.
 

DB


Sementara Kriss 110 DB pula mendapat ciri brek cakera untuk roda hadapan, sementara tayar belakang mengekalkan sistem brek gelendong.

Terdapat tiga warna yang ditawarkan untuk Kriss 110 iaitu Hitam, Biru dan Kuning, sementara Kriss 110 DB mendapat warna eksklusif Merah selain warna Hitam dan Biru yang disebutkan tadi.
 

DB


Harga jualan adalah seperti berikut:
MODENAS Kriss 110 - RM3,917.00
MODENAS Kriss 110 DB - RM4,437.00
*atas jalan tanpa insurans & cukai jalan

Setiap model motosikal MODENAS dilindungi jaminan pengeluar selama dua tahun, atau jarak perbatuan 20,000 km yang mana tiba dahulu.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Hadir dengan lencana Kawasaki, Ninja ZX-6R baharu itu juga merupakan model pemasangan tempatan (CKD…
Pelancaran Motosikal
Menjadi penyambung legasi kepada Vulcan 500,  Modenas Eliminator 500 hadir sebagai model cruiser…
Berita Domestik
Pengenalan logo baharu itu selaras dengan tumpuan Modenas terhadap pengembangan global, teknologi…