Modenas Karisma 125S 2022 dilancarkan - harga dari RM5,397

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) hari ini melancarkan secara rasmi melancarkan model terbaharu skuter Modenas Karisma 125S untuk pasaran tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Karisma 125S dikuasakan oleh enjin silinder tunggal empat lejang bersesaran 124.8 cc yang mampu menghasilkan 9.39 hp @ 7,500 rpm dan daya kilas 10 Nm @ 6,000 rpm serta memenuhi piawaian EURO4 dan kenderaan cekap tenaga (EEV).
 

karisma


Skuter ini turut dilengkapi dengan sistem suntikan bahan api serta kapasiti tangki bahan api sebesar 5.1 liter yang menawarkan tahap penjimatan bahan api.

Antara kelengkapan yang dibawakan pada skuter Karisma 125S ini termasuklah lampu jenis LED depan belakang, lampu nyalaan siang DRL, reka bentuk meter yang lebih moden, serta sistem kunci yang dilengkapi dengan suis buka tempat duduk.
 

Karisma


Dari segi kemudahan penggunaan, Karisma 125S menawarkan ruang penyimpanan barang sebesar 14 liter, dua ruang simpanan kecil pada bahagian hadapan, soket pengecasan USB, serta ciri lampu kecemasan yang amat berguna dalam situasi yang tidak dijangka.

Terdapat tiga warna pilihan iaitu Mystic Red, Duchess Gold dan Aqua Blue yang dipadankan dengan rekaan grafik baharu, sekaligus berpadanan dengan imej gaya hidup urban yang cuba diterapkan menerusi skuter ini.
 

Karisma


Harga jualan bermula dari RM5,397 (atas jalan tanpa insurans dan cukai jalan), dan skuter ini boleh didapati di semua wakil pengedar MODENAS bermula 24 Februari 2022.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Avenis dinadikan oleh enjin SOHC SEP 125cc empat lejang dengan sistem penyejukan udara yang…
Berita Global
Mereka yang mempunyai lesen memandu di Jepun juga memang sudah secara automatik dibenarkan untuk…
Berita Domestik
Acara Honda Skuterama Edisi 2 menjanjikan pelbagai aktiviti menarik termasuklah jualan barangan,…