Modenas derma motosikal untuk pemuda penjaga parkir berhati mulia

oleh HEZERI SAMSURI|
Khamis lalu, Modenas, syarikat motosikal nasional telah membuat kejutan kepada seorang pemuda di sebuah tapak parkir kenderaan di Bukit Mertajam.

Anfalazie Anuar, atau lebih dikenali sebagai An berusia 30 tahun dan bekerja sebagai tukang cuci dan penjaga tempat parkir.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pendapatan An sebanyak RM850 sebulan dari menjadi tukang cuci dan RM30 sehari menjaga parkir kenderaan.
 

Pendapatan beliau itu dikongsi dengan anjing dan kucing liar di sekitar bandar itu kerana An membelikan mereka makanan setiap hari.

An yang mempunyai 10 ekor kucing di rumah keluarganya menggunakan upah RM30 sehari itu sebagai modal untuk membeli makanan anjing dan kucing liar.

Oleh kerana tidak mencukupi, beliau berhutang dengan peniaga di pasar dahulu dan akan melunaskannya selepas mendapat gaji bulanan sebagai tukang cuci.

Kisah An pernah muncul di dalam portal berita mStar bulan lalu.

 

 

Baru-baru ini motosikal milik An rosak dan Azman Ali, individu yang pertama membongkar kisah An ini cuba meminta bantuan dari netizen untuk membaiki motosikal tersebut.

DRB-Hicom dan Modenas turun untuk membantu pemuda itu dengan melawat An di tempat kerjanya dan menghadiahkan beliau sebuah motosikal Modenas CT 115S.

Ketua Pegawai Operasi Modenas, Roslan Roskan menyampaikan sumbangan mereka kepada An yang jelas tidak percaya akan rezekinya hari itu.

Menurut sumber kami, Modenas dan DRB-Hicom tidak bercadang untuk memuatkan naik berita itu di mana-mana platform mereka kerana ia adalah satu usaha mereka untuk membantu insan-insan yang memerlukan.

Syabas kepada DRB-Hicom dan Modenas kerana menyemarakkan lagi semangat Ramadhan kita.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Walau bagaimanapun, dua perubahan utama pada segmen pos dan kurier telah mendorong kepada…
Berita Domestik
Skim ini adalah sebahagian daripada penyusunan semula Kumpulan yang bermula pada tahun 2016, yang…
Berita Global
  Alfa Romeo Stelvio mungkin sebuah SUV yang seksi dan adalah SUV pertama keluaran syarikat Itali…