Modenas bakal lancar skuter baharu esok (19 November)

oleh Mohamad Hanif|
Baru-baru ini, syarikat pengeluar motosikal nasional Modenas telah menyiarkan satu gambar acah menerusi laman Facebook dan ia merupakan petunjuk kehadiran model baharu untuk pasaran Malaysia.
Modenas

Berdasarkan gambar yang diperlihatkan, jelas sekali ia menunjukkan bahawa Modenas sedang mempersiapkan diri untuk melancarkan sebuah model skuter maxi baharu yang didakwa sebagai pengganti Elegan.
 

 

Kymco X-Town 300i


Modenas Elegan merupakan produk penjenamaan semula daripada model Kymco X-Town 300i, di mana ia dilengkapi dengan enjin 276 cc yang menghasilkan 24 hp dan 25 Nm.

Namun untuk pasaran Malaysia, ia disesuaikan dengan enjin 249.1 cc yang menghasilkan 22.1 hp supaya produk ini lebih sesuai digunakan oleh kebanyakan para pemegang lesen B2.

Butiran lanjut hanya akan diumumkan menjelang pelancaran rasmi pada petang esok, di laman Facebook Modenas Malaysia.

 

Modenas Elegan 250

Add new comment

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Bertepatan dengan nama varian tersebut, motosikal moped ini hadir dengan ciri brek cakera dengan…
Berita Domestik
Seramai 225 orang peserta mengambil bahagian bagi mencari seorang pemenang dengan gambar selfie…
Pelancaran Motosikal
Selain dari brek ABS yang sangat membantu dalam meningkatkan prestasi keselamatan menunggang…