MODENAS bakal lancar Ninja 250, Z250 hujung bulan ini

oleh Mohamad Hanif|
Sekitar bulan lalu, Careta telah pun melaporkan syarikat MODENAS kini telah pun memulakan pemasangan bagi model-model berjenama Kawasaki bawah 650 cc di kilang Gurun, Kedah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara unit yang sudah pun mula dipasang termasuklah Ninja 250 ABS dan Z250 ABS, serta model Ninja 250.

Dalam info terbaharu yang diterima, MODENAS akan memperkenalkan kembali tiga buah model yang disebutkan itu tadi pada penghujung bulan ini.
 

Z250


Ketiga-tiga model yang dijenamakan semula sebagai motosikal MODENAS itu dijangka akan ditawarkan pada julat harga yang lebih rendah berbanding harga jualan yang ditawarkan oleh pihak Kawasaki sebelum ini.

Dari segi penawaran kuasa, ketiga-tiga model ini hadir dengan enjin parallel-twin 248 cc yang mampu menjana kuasa sekitar 37 PS @ 12,500 rpm dan daya kilas 23 Nm @ 10,000 rpm yang dipadankan dengan transmisi enam kelajuan dan bantuan klac slipper/assist.

Lebih banyak informasi akan kami kongsikan dengan lebih menyeluruh menjelang hari pelancaran kelak.

Berita Berkenaan

Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…
Berita Domestik
Kini, jenama itu sedia untuk meluaskan kehadirannya di pasaran pemanduan sebelah kanan global…
Model Terbaharu
Berbekalkan teknologi canggih, reka bentuk dan prestasi luar biasa, BYD SEAL menjadi antaraa salah…