Modenas bakal lancar Ninja 250 penghujung Q1 2022

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang kita semua maklum, jenama Kawasaki di Malaysia tidak lagi dikendalikan oleh KMSB Sdn Bhd, di mana peranan tersebut kini dipegang oleh Edaran Modenas Sdn Bhd, anak syarikat MODENAS.

Dalam satu temubual ringkas bersama Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan bertempat di Glenmarie hari ini, beliau memberitahu pihaknya akan memulakan langkah untuk menjenamakan semula beberapa produk Kawasaki bermula tahun depan.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengesahkan model Modenas Ninja 250 SE ABS yang pernah diperlihatkan sebelum ini bakal menemui para peminatnya menjelang penghujung suku pertama tahun 2022 (Q1 2022).

Roslan juga turut memberitahu, seorang wakil daripada Kawasaki Heavy Industries (KHI) akan dilantik sebagai ketua unit pemasaran (CMO) bagi membantu melancarkan lagi kerjasama antara Modenas dan Kawasaki.

Ketika ditanya soal khidmat selepas jualan di bawah pengedar baharu, ia akan diperincikan dalam pengumuman terbaharu yang akan dibuat kelak.

Namun buat masa ini, para pemilik motosikal Kawasaki sedia ada masih lagi boleh mendapatkan stok alat ganti daripada pengedar-pengedar Kawasaki sebelum ini.

Dalam pengumuman terdahulu, EMOS telah dilantik sebagai pengedar rasmi bagi jenama Kawasaki di Malaysia, namun proses peralihan tersebut dikatakan akan mengambil masa sekitar enam bulan dan ia akan turut dibantu oleh KMSB.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Dominar D400 Adventure merupakan versi yang dipertingkatkan dari versi sebelum ini, dikuasakan oleh…
Pelancaran Motosikal
Dominar D250 dikuasakan oleh enjin satu silinder DOHC Twin Spark 248.77 cc, dipadankan bersama…
Berita Domestik
Antara ciri pembaharuan yang dibawakan termasuklah unit lampu hadapan serba baharu, kehadiran slot…