Model ujian Honda CR-V 2023 dikesan di Jerman

oleh Mohamad Hanif|
Apa yang anda lihat pada ketika ini bukanlah sebuah model ujian Honda HR-V, sebaliknya ia merupakan sebuah Honda CR-V generasi baharu yang dikesan sedang diuji di jalanan Jerman.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Menurut laporan daripada beberapa media automotif luar negara, Honda CR-V generasi keenam ini bakal muncul pada tahun hadapan (2022) sebagai model tahun 2023 dan bakal memberikan saingan kepada Toyota RAV4, Peugeot 3008, Ford Kuga dan Nissan Qashqai.
 

Honda CR-V


Berdasarkan maklumat awal, dimensi Honda CR-V 2023 ini dikatakan lebih besar berbanding model sedia ada, sekaligus menawarkan ruang kabin yang jauh lebih luas.

Dari segi luaran, ia banyak membawakan elemen rekaan daripada Honda HR-V generasi baharu yang dilancarkan beberapa bulan yang lalu, seperti contoh lampu utama yang lebih tirus, bampar hadapan yang lebih minimalis diikuti dengan gril hadapan yang besar.
 

Honda CR-V


Untuk pasaran Eropah, difahamkan CR-V akan mengikut jejak langkah HR-V dengan hanya menawarkan trenkuasa hibrid semata-mata, manakala versi petrol atau diesel tidak akan ditawarkan.

Sebagai makluman, Honda HR-V e:HEV yang baharu sahaja dilancarkan di Eropah memiliki trenkuasa hibrid yang terdiri daripada enjin 1.5 liter kitaran Atkinson yang digandingkan dengan dua motor elektrik menghasilkan 129 hp dan 253 Nm, dengan kadar penggunaan bahan api serendah 5.4 liter untuk setiap 100 km.

Maklumat lanjut hanya akan diperoleh menjelang pelancaran rasmi Honda CR-V 2023 pada tahun hadapan.

Sumber gambar: Driving Electric

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan gambar intip yang diperoleh daripada Autocar, unit prototaip Audi A6 Avant e-tron itu…
Berita Global
Namun, versi facelift yang bakal dilancarkan tidak lama lagi mendefinisikan semula identiti berani…
Model Terbaharu
Ini bukanlah versi pertama SF90 yang dipertingkatkan, dimana sebelum ini SF90 Stradale hadir dengan…