Model ujian BMW M3 Touring 2022 dikesan keluar dari M Town - wagon 503 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Awal bulan yang lalu, BMW telah pun mengesahkan kehadiran model wagon M3 dan disusuli dengan video teaser pendek yang menampilkan sebuah prototaip BMW M3 Touring dilihat keluar dari M Town buat kali pertama.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Berdasarkan pandang kali pertama, rekaan luaran BMW M3 Touring ini akan mengikut rapat rekaan yang diperlihatkan oleh BMW M3 sedan menampilkan reka bentuk gril buah pinggang gergasi, cermin sisi aerodinamik, skirt sisi dan bumper yang unik.

Model wagon itu juga dilihat memakai sistem ekzos dengan empat tip bulat, dan fender belakang yang bertambah dimensinya.

 


Dalam laporan terdahulu, BMW M3 Touring dijangka pelancarannya pada tahun 2022 selepas pelancaran model BMW M4 Coupe yang dijadualkan pada tahun hadapan.

Dari segi spesifikasi enjin, BMW M3 standard bakal didatangkan dnegan nadi enam silinder sebaris 3.0 liter turbo berkembar yang mampu menjana 473 hp dan 598 Nm.

Sementara model Competition pula mampu mengestrak kuasa sehingga 503 hp.

Menurut BMW, BMW M3 Touring disifatkan sebagai sebuah wagon yang menyeronokkan dan mampu menjadi sebuah kenderaan utiliti yang berfungsi 'di dalam kulit sebuah kereta sports'.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Wagon pantas itu dikuasakan oleh nadi enam silinder sebaris 3.0 liter turbo berkembar dengan kuasa…
Berita Global
Walaupun ditawarkan di beberapa buah negara sahaja di Eropah, permintaan yang tinggi menyebabkan…
Berita Global
Dari segi kuasa, M3 Touring standard mampu menghasilkan kuasa setinggi 503 hp dan 650 Nm, namun…