Model Subaru BRZ Prototype 2022 diperlihatkan

oleh Mohamad Hanif|
Subaru nampaknya telah menggunakan acara Subiefest untuk memperlihatkan buat kali pertama model prototaip BRZ generasi baharu kepada umum.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun syarikat Subaru hanya mendedahkan gambar teaser (menunjukkan sebahagian daripada kereta tersebut), namun mereka yang menghadiri acara tersebut memuatnaik gambar penuh model prototaip tersebut ke dalam media sosial.

Jika dibandingkan dengan Subaru BRZ yang terdahulu, beberapa perubahan dari segi kosmetik boleh dikesan seperti contoh kehadiran liang kemasukan udara yang lebih sporti, dan rekaan lampu serba baharu.

Rekaan fender hadapan juga kini menjadi lebih kemas dengan ketiadaan bonjol seperti yang terdapat pada model terdahulu, serta kehadiran liang udara sisi pada bahagian tersebut.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

: ???? ??? - Premiering this Fall. Production starts Spring 2021. Specs: • 2.4L Subaru Boxer Flat-4 engine • FA24D w/ D-4S (dual injection - direct & port) • Naturally Aspirated • 217 HP/220 PS & 177 LB-FT (vs current gen 205 HP & 156 LB-FT) • Displacement: 2387cc (~2.4L) • Bore/Stroke: 94mm x 86mm Who believes we'll actually see a turbocharged version that would compete directly with the Toyota Supra 2.0's 255 HP turbocharged 4-cylinder? It seems unlikely.. but we can dream! @subaru_usa #subaru #brz #subarubrz #2022brz #2022subarubrz #2022toyota86 #gr86 #nextgenbrz #toyota #toyota86 #toyobaru #subie #fa24 #fa24d #proudofboxer #boxerengine #fl4t #rwd #turbo #sportscar #prototype #spyshot #subiefest #subiefest2020 #jdm #fa20 #fa20d #savethemanuals

A post shared by STINick (@stinicktuned) on


Di bahagian belakang, rekaan lampu belakang juga adalah lebih tajam diakhiri dengan pemasangan spoiler but.

Menurut hantaran di dalam Instagram tersebut, ia mendakwa Subaru BRZ bakal dilengkapi dengan nadi 2.4 liter yang menghasilkan 217 hp dan 240 Nm daya kilas, satu peningkatan jika dibandingkan dengan enjin 2.0 liter (205 hp/212 Nm) pada model terdahulu.

Mungkin peningkatan tersebut nampak kecil, namun harus diingat Subaru lebih memfokuskan aspek pengendalian pada model BRZ berbanding mementingkan spesifikasi yang lebih berkuasa.

Difahamkan, Subaru BRZ 2022 akan diperlihatkan secara rasmi menjelang musim luruh tahun ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, terdapat ura-ura Toyota akan melancarkan model generasi ketiga GR86 pada tahun 2025, tidak…
Berita Global
Ini kerana kedua-dua model kereta sports pacuan roda belakang mampu milik itu bakal ditamatkan…
Berita Global
Menurut laporan Sydney Morning Herald, Otero pada awalnya terlibat dalam satu kemalangan di mana…