Model skala Hakosuka GT-R daripada emas 24 karat - harga sama seperti kereta sebenar!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nissan Skyline GT-R KPGC10 atau lebih mesra dikenali dengan nama Hakosuka (Hako-kotak, suka-sebutan Skyline dalam bahasa Jepun) mula diproduksikan pada tahun 1969, 

Ia merupakan generasi pertama Skyline yang memakai lencana GT-R secara rasmi dan terdapat dalam dua versi bentuk badan, sedan dan coupe. 

Sudah 50 tahun jentera ikonik ini meniti namanya di bibir para peminat tegar GT-R dan tiada interprestasi yang lebih sesuai untuk mengabadikan jentera ini melainkan dengan menggunakan emas.
 


Ya, ini merupakan model skala sebuah Hakosuka yang diperbuat daripada emas tulen 24 Karat, dibina bagi menyambut ulang tahun ke-50 Skyline GT-R hasil kerja tangan tukang emas SGC dari Ginza, Jepun. 

Hasil kerja yang dijalankan oleh Koichi Ishikawa (generasi ketiga) sejak tahun 1945 ini bukan calang-calang, malah ia sebenarnya diiktiraf sebagai salah satu khazanah nasional Jepun yang masih lagi wujud sehingga kini. 

Seperti yang anda lihat, badan model skala ini diperbuat daripada emas 24 Karat manakala keempat-empat rodanya pula daripada besi perak. 
 


Terdapat dua versi yang ditawarkan oleh SGC iaitu 

  • skala 1:32 seberat 135 gram dengan harga ¥3,402,000 (RM126 ribu)
  • skala 1:64 seberat 48 gram dengan harga ¥1,296,000 (RM49 ribu)

Ia benar-benar satu mainan yang bukan semua orang mampu membelinya - harga yang sama seperti kereta sebenar - namun apa yang pasti, ini merupakan salah satu cara pelaburan yang sebenar bagi menyambut ulang tahun yang ke-50 jentera ikonik ini. 

Apatah lagi sekarang ini agak sukar untuk menemukan sebuah jentera Hakosuka yang serba sempurna pada harga yang agak munasabah berikutan statusnya itu. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Salah satu barang panas itu ada di Amerika Syarikat, di mana model tahun 1990 yang masih lagi…
Berita Global
Nyata sekali, ia bukanlah projek generasi baharu Nissan GT-R R36, sebaliknya mereka menggunakan…
Berita Global
Namun, tahukah anda ia juga merupakan antara Nissan GT-R yang paling mahal harganya di dalam…