Model skala 1:8 Rolls-Royce Cullinan - bermula dari RM73 ribu!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam dunia berskala sebenar, golongan kaya-raya dan duit tak habis tujuh keturunan boleh mendapatkan SUV produksi massa paling mahal di dunia Rolls-Royce Cullinan pada harga bermula dari $325,000 (RM1.39 juta) tanpa opsyen atau RM1.8 juta di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika anda mahukan replika sebenar terhadap pembelian SUV mewah itu tadi boleh menempah model berskala 1:8 pada harga yang cukup istimewa di mana harga asas bermula dari $17,000 (RM72,956) tidak termasuk barangan opsyen - sama macam beli kereta sebenar!

 


Disebabkan harganya juga bukan murah, standard yang digunakan adalah tidak sama seperti model skala yang biasa boleh didapati di pasar malam.

Menurut Rolls-Royce, setiap satu unit model memerlukan masa kira-kira 450 jam untuk memasang lebih daripada 1,200 komponen berasingan, dan difahamkan ia melebihi separuh daripada masa sebenar yang diperlukan untuk memasang Cullinan berskala penuh!

 


Jika dilihat dengan teliti, selain daripada bahan pembinaan yang hampir menyamai mutu binaan SUV sebenar, ia turut menampilkan set lampu luaran yang berfungsi, replika enjin V12 6.75 liter, papan pemuka beriluminasi, kemasan kayu serta replika payung yang tersimpan pada pintu belakang.

Untuk mengaktifkan sistem lampu dan membuka bonet enjin, anda boleh menekan butang fungsi pada konsol kawalan jauh yang mampu dimuatkan pada ruang kargo model skala 1:8 ini.

 


Seperti yang disebutkan di atas, membeli model skala 1:8 ini memang macam beli kereta sebenar, dan satu contoh yang dipaparkan menerusi saluran Supercar Blondie ini dikatakan memiliki kos setinggi $40,000 (RM171,660)!

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Ia muncul buat kali pertama pada lewat tahun 2015 dalam acara Tokyo Motor Show dan pernah…
Berita Global
Baru-baru ini, Matchbox telah memperkenalkan secara rasmi model diecast berskala Tesla Roadster…
Gaya Hidup
Seingat penulis, ini merupakan kali pertama HotWheels menghasilkan sebuah model skala sebuah…