Model prototaip Ineos Grenadier dikesan - jelmaan semula Defender klasik zaman moden

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang diketahui umum, Land Rover sudah pun melancarkan generasi baharu Land Rover Defender dengan rekaan casis serta luaran serba baharu, serta sedang menguji penawaran nadi V8 yang lebih berkuasa untuk melawan G-Wagen.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, bagi mereka yang masih lagi meminati casis asal Defender yang klasik itu, anda harus sabar menunggu kerana pihak ketiga Ineos diberitakan sedang menguji model prototaip SUV offroad yang diinspirasikan daripada Defender, iaitu Grenadier.

Kelibat model tersebut dikesan di pusat pengujian rahsia yang berpengkalan di UK, dan penuh dengan pelekat samaran.

 

 


Namun, dari segi bentuk luaran yang berpetak dan muka hadapan yang tidak dilindungi sepenuhnya, ia menampakkan bentuk asal sebuah 'Land Rover Defender'.

Manakala rekaan belakang yang terlindung sepenuhnya menampakkan bentuk pintu yang direka untuk dibuka secara sisi, dan bukannya bukaan ke atas seperti kebiasaan SUV moden.

Ineos memilih untuk menggunakan platform ladder frame (berbanding platform unibodi) sebagai asas kepada Grenadier sebagai cara yang lebih baik untuk membina sebuah kenderaan off-road.

Malah, menurut ketua jurutera Ineos, Andreas Albrecht mengesahkan bahawa rangka ladder yang digunakan diperbuat daripada keluli berkekuatan tinggi dengan ketebalan sehingga 3.81 mm yang menyamai kekuatan sebuah Chevrolet Silverado.

 


Ineos Grenadier juga menggunakan gandar jenis solid di mana ia berdasarkan ujian yang telah dijalankan, sistem ini dilihat mampu meningkatkan jarak kelegaan tanah, artikulasi yang lebih baik, dan lebih mudah untuk dibaiki jika dibandingkan dengan penggunaan suspensi bebas.

Disebalik pembangunan model Grenadier ini, Ineos turut mendapat bantuan daripada beberapa syarikat, seperti contoh rangka dan suspensi daripada Magna Steyr, gandar hadapan dan belakang daripada Carraro Group, manakala enjin pula diperoleh daripada BMW.

Seperti yang dilaporkan, BMW akan membekalkan unit enjin enam silinder sebaris petrol dan diesel, di mana unit-unit enjin ini akan menyalurkan kuasa kepada semua roda menerusi sistem pacuan empat roda standard.

Informasi lanjut berkenaan Ineos Grenadier hanya akan diumumkan dalam masa terdekat, dimana pelancaran rasmi pula dijadualkan lewat tahun ini.

 

 

 

 


Sumber gambar: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Setelah kemunculan model Ineos Grenadier dalam bentuk badan wagon SUV dan trak pikap, Ineos…
Berita Global
Kini, syarikat itu mengorak langkah baharu dengan memulakan fasa produksi bagi SUV 'pengganti…
Berita Global
Model Grenadier boleh didapati dalam versi Utility Wagon dengan dua tempat duduk, atau versi lima…