Model produksi pertama Toyota Supra 2020 dibida RM8.64 juta!

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jika anda mempunyai lebihan wang di dalam akaun yang bukan hasil dermaan daripada putera raja negara Arab, mungkin anda boleh salurkan duit anda tersebut untuk membida sebuah Toyota Supra 2020. 

Ini merupakan model paling sulung Toyota Supra yang keluar daripada barisan produksi dan ia telah pun selesai menjalani proses bidaan di Barret-Jackson pada harga yang cukup tinggi - $2.1 juta (RM8.64 juta mengikut pertukaran mata wang asing). 

Pemilik bertuah Toyota Supra ini tidak lain dan tidak bukan merupakan Craig Jackson, Pengerusi dan CEO firma bidaan itu sendiri dan kesemua hasil bidaan tersebut disalurkan kepada rumah amal. 
 


Bukan sekadar memiliki kereta yang ikonik ini, malah beliau juga turut menerima pakej pengalaman di litar lumba yang terdiri daripada sepasang sut perlumbaan kustom, pas VIP untuk menyertai 'TOYOTA OWNERS 400 - Richmond Raceway' serta peluang untuk memandu bersama Michael Waltrip - pelumba terkenal Amerika.

Toyota Supra dengan nombor VIN '20201' ini hadir dengan layangan warna matte gray, perumah cermin sisi berwarna merah serta rim matte black

Manakala bahagian dalaman pula didatangkan dengan tema warna merah dan hitam serta elemen gentian karbon. 
 

Berita Berkenaan

Telah Diuji
  Akhirnya tirai dibuka untuk model paling dinanti-nantikan oleh semua fanatik kereta. Supra…