Model prestasi AMG E 53 Sedan dan Coupe dilancarkan - 435 hp/520 Nm, harga dari RM740k

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan duo Mercedes-AMG E 53 Sedan dan Mercedes-AMG E 53 Coupe bagi melengkapkan lagi penawaran barisan penawaran model E-Class di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebelum ini pihak MBM telah melancarkan beberapa model di bawah keluarga E-Class seperti E 300 AMG Line, E 200 Avantgarde, E 250 Avantgarde, E 250 Exclusive dan juga model prestasi Mercedes-AMG E 63 S.

Menurut Mark Raine, Naib Presiden bahagian jualan dan pemasaran MBM, "dengan pelancaran kedua buah model E 53 (Sedan dan Coupe) ini, Mercedes-Benz kini lebih menyatukan segmen limousin eksekutif premium dengan penawaran rekaan yang elegan, sporty dan dalam masa yang sama memberikan prestasi yang cemerlang."
 


Kedua-dua sedan dan coupe ini dikuasakan enjin enam silinder sebaris 3.0 liter yang mampu menghasilkan 435 kuasa kuda dan 520 Nm daya kilas (julat 1,800 - 5,800 rpm), dan pecutan sepantas 4.5 saat dari 0-100 km/j. 

Kuasa tersebut disalurkan kepada sistem pacuan semua roda AMG Performance 4MATIC+ yang memberikan lebih kawalan cengkaman untuk keselamatan yang tidak terhingga dan dalam masa yang sama menawarkan dinamik pemanduan yang lebih menyeronokkan. 

Sistem gantungan E 53 Sedan dan Coupe ini dikawal menggunakan sistem suspensi udara AMG RIDE CONTROL+ yang dibangunkan oleh Affalterbach, dilengkapi dengan ciri Adaptive Damping System (ADS+) yang boleh dipilih tetapan karakteristiknya menerusi tiga mod "Comfort", "Sport", dan juga "Sport+" bergantung kepada keperluan semasa pemandu. 
 


Menambahkan lagi perisa kepada kereta ini ialah fungsi AMG Track Pace yang membolehkan data pemanduan daripada 80 input dianalisiss dengan lebih teliti menggunakan COMAND Online. 

Mercedes-Benz Malaysia meletakkan harga jualan bermula dari RM740,000 (E 53 Sedan) dan RM764,000 (E 53 Coupe) dengan pakej pembiayaan AgilityPlus 360°, membolehkan para pemilik menikmati pengalaman pemilikan yang lebih teratur di samping bayaran bulanan yang berpatutan. 

 

Mercedes-AMG E 53 Sedan

Harga: RM740,000

 

Mercedes-AMG E 53 Coupe

Harga: RM764,000

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
AMG GT63 S E Performance dikuasakan nadi V8 4.0 liter turbo berkembar bersama bantuan motor…
Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Berbanding varian berkuasanya GT63, Mercedes-AMG GT43 bersama nadi baharu itu turut tidak…