Model pengganti Porsche 918 perlu catat masa 6m 30s di Nurburgring

oleh Mohamad Hanif|
Obsesi para pengeluar automotif terhadap Litar Nurburgring nampaknya tidak pernah surut, terutama kepada Porsche apabila mereka mahu menghasilkan pewaris sah kepada 918 yang mampu mengelilingi litar tersebut dalam masa 6 minit 30 saat sahaja!
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bercakap kepada TopGear, bos besar Porsche Motorsport Frank-Steffen Walliser berkata beliau tidak kisah apa jua sistem pacuan kuasa yang bakal dimuatkan ke dalam model baharu tersebut, baik hibrid, mahupun elektrik sepenuhnya. 


"Yang penting, model ini perlu mengalahkan catatan masa yang dibuat oleh Porche 918 di Litar Nurburgring!"

Apa yang pasti, dalam usaha untuk mencapai dan memecahkan rekod baharu di litar Nurburgring, Porsche memerlukan persedian keselamatan yang terperinci, pemandu yang lebih berpengalaman, dan pasukan yang terbaik untuk menguruskan segalanya bermula dari sifar. 

Mungkin para penguasa laluan kanan lebuhraya Malaysia boleh memohon jawatan pemandu terpantas di Litar Nurburgring ini.