Model pengganti Nissan Frontier (USA) hadir seawal 2020, kekal platform lama

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak seperti pasaran Asia yang mendapat generasi ketiga Nissan Navara, pasaran US masih lagi mengekalkan casis generasi kedua trak pikap Nissan Frontier (nama lain bagi Navara) yang agak berusia berbanding trak pikap sekelasnya. 

Jika dibandingkan dengan Toyota Tacoma dan Ford Ranger, Nissan Frontier masih lagi dijual di sana tanpa sebarang perubahan ketara sejak tahun 2005!

Akan tetapi, menurut laporan yang dipetik daripada Automotive News dan Autoblog menunjukkan trak pikap itu bakal menerima model pengganti seawal tahun hadapan, sebagai model tahun 2021.

Laporan Automotive News turut menambah bahawa Nissan Frontier 2021 bakal menggunakan platform sedia ada yang diperbaharui, dan tidak menggunakan platform trak pikap Navara yang lebih moden. 

 


Ini kerana penggunaan sistem suspensi multi-link yang kompleks pada generasi ketiga Navara tidak dinafikan akan menyebabkan kos produksi meningkat jika dibandingkan dengan penggunaan spring dedaun yang lebih ringkas pada model Frontier. 

Dengan mengekalkan platform lama dan ditambah dengan peningkatan rupa luaran yang lebih moden dan futuristik, ia mampu menjadi poin jualan unik (USP) bagi model Frontier 2021.

Enjin petrol VQ40DE bentangan V6 4.0 liter yang menghasilkan 261 kuasa kuda akan digantikan dengan enjin V6 3.0 liter yang lebih moden dan lebih berkuasa (300 hp) digandingkan dengan transmisi tujuh nisbah kelajuan automatik.

Sumber: Automotive News