Model pengganti Fairlady 370Z kini di dalam perancangan - Nissan

oleh Mohamad Hanif|
Ini merupakan satu berita baik kepada para peminat siri Fairlady, oleh kerana Nissan bakal hadir dengan model pengganti bagi Nissan 370Z (Z34) tidak lama lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Naib Presiden Unit Rekaan Global Nissan. Alfonso Albaisa berkata kepada laman Which Car, beliau mengesahkan berita tersebut dan kini sedang bekerja keras bagi memastikan projek tersebut berjalan dengan lancar. 


Laman Which Car melaporkan Albaisa tidak mendedahkan terlalu banyak info berkenaan model pengganti 370Z ini, namun membuat spekulasi prototaip atau model konsep bakal diumumkan menjelang Tokyo Motor Show pada Oktober tahun hadapan. 

Mereka berpendapat tarikh itu bersesuaian kerana ia menandakan ulang tahun yang ke-50 Nissan Fairlady 240Z, menurut Albaisa merupakan model yang sukar untuk dilupakan oleh beliau. 

Desas desus sebelum ini mengatakan Nissan bakal hadir dengan model pengganti menggunakan kod '400Z', sebuah kereta sports dengan enjin bentangan V6 turbo berkembar yang mampu menjana kuasa setinggi 400 kuasa kuda. 

Enjin tersebut merupakan unit yang didapati pada Infiniti Q50 dan Q60, namun dengan talaan yang lebih dikhususkan untuk prestasi sebagai sebuah kereta sukan. 
 


Sebagai perbandingan, Nissan 370Z menggunakan enjin 3.7 liter VQ37VHR bentangan V6 yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 350 kuasa kuda dan daya kilas 374 Nm (talaan Nismo) sebelum kuasa tersebut disalurkan kepada roda belakang menerusi transmisi manual enam kelajuan (dan auto 7 nisbah kelajuan).

Sumber: Which Car melalui CarThrottle

Berita Berkenaan

Informasi
Namun, tahukah anda rekaan Nissan Z yang terbaharu ini turut melibatkan elemen matematik Nisbah…
Berita Global
Samalah halnya dengan kereta-kereta sports lain seperti Honda Civic Type R (EK, EG, FD, FK), atau…
Berita Global
Laman web Motoring AU berjaya memperoleh sebuah ilustrasi Nissan 400Z yang dikatakan mimik brosur…