Model one-off Rolls-Royce Boat Tail buat kemunculan umum pertama

oleh Mohamad Hanif|
Empat tahun selepas Rolls-Royce memperkenalkan produk pertama binaan kustom (coachbuild) Sweptail, pengeluar automotif super mewah itu kini tampil pada acara Concorso d’Eleganza Villa d’Este dengan membawakan hasil kerja terbaharu - Rolls-Royce Boat Tail.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model one-off Boat Tail itu telah pun membuat kemunculan rasmi di peringkat global pada pertengahan tahun yang lalu, namun ia diperlihatkan buat kali pertama di khalayak umum selama dua hari sebelum ia 'disembunyikan' dan disimpan kembali.
 

Boat Tail


Menurut Torsten Müller-Ötvös, CEO Rolls-Royce menjelaskan acara Concorso d’Eleganza Villa d’Este merupakan platform terbaik untuk membawakan hasil kerja terbaharu pengeluar itu kepada media antarabangsa, pakar permotoran serta para pencinta kemewahan.

"Ia juga satu momen yang bersejarah buat jenama Rolls-Royce, di mana kami merupakan peneraju binaan khusus moden yang membawakan industri mewah ke satu penanda aras baharu di mana hiperpersonalisasi dan sokongan kontemporari memberikan kemungkinan yang tidak terbatas.
 

Boat Tail


Rolls-Royce Boat Tail ini menggunakan platform spaceframe aluminium Architecture of Luxury daripada model limosin Phantom dengan dimensi berukuran 5,800 mm.

Apa yang menarik perhatian adalah rekaan di bahagian 'ekor' yang menampilkan decklid bukaan tengah seakan kepak rama-rama dan menempatkan dua unit peti sejuk serta set peralatan dan pinggan mangkuk jenama Christofle.
 

Boat Tail


Melengkapkan lagi set piknik tersebut adalah sepasang kerusi kecil diperbuat daripada gentian karbon, dan payung kecil yang boleh dibuka dan disimpan daripada bahagian belakang itu tadi.

Rolls-Royce Boat Tail dikuasakan oleh enjin 6.75 liter bentangan V12 turbo berkembar yang berupaya menjana 563 kuasa kuda, namun tiada sebarang perincian prestasi pecutan dibekalkan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Boat Tail merupakan model binaan tangan sepenuhnya yang…