Model Lamborghini paling laris adalah SUV Urus!

oleh Mohamad Hanif|
Untuk bergantung harap kepada penjualan supercar semata-mata, adalah tidak begitu bijak memandangkan tidak ramai yang mahukan sebuah kereta berkuasa tinggi yang tidak praktikal untuk kegunaan harian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Oleh sebab itu sejak kebelakangan ini, pengeluar supercar menjebakkan diri di dalam arena penghasilan SUV dan hasilnya, cukup menguntungkan!

Begitulah yang dicatatkan oleh jenama dari Itali, Lamborghini menerusi SUV Urus yang dilancarkan tahun lalu. 
 


Berdasarkan jumlah jualan global sebanyak 5,750 unit, SUV Urus tersebut berjaya melonjakkan jualan keseluruhan sebanyak 51% berbanding tahun 2017, dengan 1,761 unit Urus telah diserahkan kepada para pelanggannya. 

Pasaran Amerika merupakan penyumbang terbesar jumlah jualan Lamborghini dengan 1,595 unit, diikuti oleh United Kingdom (636), Jepun (559), Jerman (463), China (342), Kanada (316) dan negara tanah tumpahnya minyak hitam Lamborghini, Itali sebanyak 295 unit. 
 


Menurut Lamborghini, hampir kesemua pasaran utama di dunia mencatatkan peningkatan jumlah pengedaran kereta dan ia merupakan satu pencapaian yang menarik di dalam sejarah Lamborghini itu sendiri. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dihadkan kepada tujuh unit setiap satu, barisan model SUV mewah yang dimaksudkan itu ialah: •…
Berita Global
Untuk memastikan setiap duit yang dilaburkan itu pergi ke tempat yang sepatutnya, pemilik Urus…
Berita Global
Berita baik (dan kurang baik), kesemua unit Lamborghini Urus dengan enjin V8 tersebut dilapor telah…