Model konsep trak pikap Proton bakal komersilkan?

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Menurut maklumat yang diperolehi dari ruangan komentar laman web CarAdvice, Proton bakal membawa masuk model baharu Perdana 2016 ke pasaran Australia. Kemungkinan julat jualan Perdana dijangka sekitar 120 unit sahaja sebulan. Sumber itu turut berkata Proton juga akan membawa masuk model gantian Saga (P2-13A), Iriz sedan @ Persona R (P2-31A) dan Iriz. Tambahnya lagi ada kedengaran ura-ura model gantian Saga (P2-13A) atau S16 (di Australia) bakal dipasang dengan enjin turbo 1.0 liter yang mampu menjana 118 hp dengan 170 Nm tork. Untuk pasaran UK dan Eropah pula model tersebut akan bakal mempunyai 3 pilihan enjin, 1.3 liter GDI (124hp/163Nm), enjin turbo petrol 1.3 liter (140hp/210Nm) dan 1.5 liter GDI (131hp/190Nm). Selain itu model facelift Preve dan Suprima turut akan diperkenalkan dan bakal menggunakan enjin 1.5 liter Turbo (150hp/230Nm) dan 1.5 liter TGDI (Turbo Direct Injection) berkuasa 170hp dengan 260Nm tork. Khabar angin turut mengatakan model gantian Exora dan trak pikap (bukan menggunakan chasis ladder frame) kini sedang dibangunkan. Kedua-dua model ini dan model baharu Perdana bakal dipasang dengan variasi enjin NE01X Pertonas yang kini sedang dibangunkan. spyshots persona r careta 1 Foto risikan model gantian Persona R (P2-31A) Unit-unit enjin tersebut akan mempunyai kapasiti yang berbeza antaranya adalah NE01 2.0 liter NA (158hp/211Nm), NE02 2.0 liter Turbo (212hp/280Nm), NE03 2.2 liter Turbo (240hp/312Nm) dan NE04 2.2 liter TGDI (230hp/340Nm). Buat masa ini maklumat tersebut belum lagi disahkan, namun sebahagian daripadanya memang telah lama kami dengar. Apa yang menarik perhatian kami, Proton bakal mengkomersilkan trak pikap yang ketika ini masih diperingkat model konsep. Tetapi melalui risikan yang telah dibuat, Proton bersedia untuk mengeluarkan model tersebut pada masa hadapan tetapi semuanya bergantung kepada sejauh mana kejayaan model gantian Saga (P2-13A) dan Iriz sedan @ Persona R (P3-31A). Kita nantikan!