Model konsep kereta muscle elektrik Dodge hadir tahun 2022!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam kenyataan dikeluarkan Mei lalu, Dodge memang tidak akan menghasilkan kenderaan elektrik untuk golongan kebanyakan seperti pengeluar Volkswagen, akan tetapi mereka akan hadir dengan kereta muscle berkuasa elektrik menandakan era baharu kereta-kereta muscle Amerika.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia kemudian diikuti dengan gambar teaser yang didedahkan pada bulan lalu, di mana kereta muscle berkuasa elektrik itu menampilkan elemen rekaan retro diikuti dengan lambang lencana tiga segi Fratzog yang pernah muncul pada model Dodge sekitar tahun 1962 hingga 1976.
 

Dodge eMuscle


Laporan terkini daripada Automotive News, CEO Dodge Tim Kuniskis mengetahui bukan mudah untuk melaksanakan proses elektrifikasi model kenderaan, jadi mereka telah menetapkan tarikh khusus untuk perancangan tersebut.

Menurut laporan itu, Dodge akan membentangkan segala perancangan elektrifikasi menjelang suku keempat tahun ini, diikuti dengan pelancaran model plug-in hybrid pada tahun 2022.

Lebih penting, model konsep yang bakal menjadi asas kepada kereta muscle elektrik bakal diperlihatkan buat kali pertama dalam tempoh dua tahun, ataupun kurang.
 

nn


Seperti model-model konsep yang kita lihat sebelum ini, model konsep kereta muscle elektrik ini seharusnya memberikan kita gambaran awal hala tuju Dodge dalam membawakan era baharu terhadap kereta muscle, memandangkan ia masih lagi merupakan sebuah konsep yang sukar untuk diterima oleh komuniti peminat jenama ini.

Kuniskis menambah, Dodge sebenarnya mahu menarik perhatian golongan sasaran yang berbeza menerusi model kereta muscle elektrik ini, dan mengekalkan komuniti peminat sedia ada.

"Ia merupakan satu perkara penting buat kami, dan disebabkan itu kami mahukan kereta konsep ini hadir pada tahun hadapan, membolehkan kami menjelaskan dengan lebih teliti hala tuju kami kepada mereka.

Sumber: Automotive News Europe

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, unit terakhir Camaro merupakan sebuah unit ZL1 1LE (gambar utama) yang dipadankan…