Ia muncul pada pertengahan bulan Julai tahun lepas di mana rekaannya banyak diinspirasikan daripada model Pony Coupe hasil rekaan Giorgetto Giugiaro.
Menurut laporan terbaharu daripada akhbar Korea Money Today, gergasi automotif Korea Selatan itu dijangka akan merealisasikan projek tersebut dan satu pengumuman rasmi akan dibuat pada penghujung bulan ini.
Tambah laporan itu lagi, Hyundai bukan sahaja mendedahkan perancangan untuk membina model tersebut, malah mereka akan memperlihatkan versi sebenar dengan rekaan yang lebih mesra untuk diproduksikan.
Hyundai N Vision 74 membawakan gandingan trenkuasa elektrik bateri dan sistem sel bahan api hidrogen, dengan kuasa keseluruhan sekitar 671 hp dan daya kilas 900 Nm.
Pecutan 0-96 km/j adalah sepantas empat saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 250 km/j.
Dengan pek bateri 62.4 kWh dan bekalan bahan api hidrogen seberat 4.2 kg, kereta sports elektrik ini mampu bergerak sejauh 600 km.
Perincian penuh dijangka akan diumumkan oleh Hyundai pada acara 'Pony Day' yang akan berlangsung pada 27 Mei di Hyundai Motorstudio Seoul, Gangnam-gu, Seoul.
Sumber: Money Today