Model konsep bersegi Countach Lo-Res untuk dijual, harga RM188k di Bring a Trailer

oleh Mohamad Hanif|
Lamborghini Countach yang original dilahirkan dengan bentuk yang bersegi (Italian wedge), sekaligus menjadi salah satu rekaan kenderaan yang paling ikonik pernah diwujudkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, pengasas United Nude, Rem D. Koolhaas tampil dengan idea di mana Countach digambarkan dalam versi resolusi rendah, dinamakan sebagai Lo-Res Car.

Dibangunkan menggunakan gambaran Countach yang abstrak dan versi resolusi rendah, ia sebenarnya dikomisyenkan oleh salah sebuah syarikat pengeluar produk kasut untuk tujuan promosi.
 

Lo-Res


Konsep Lo-Res ini menggunakan casis rangka tiub keluli yang dipadankan dengan pelindung logam berwarna hitam pada bahagian roda, sementara binaan badan luar pula diperbuat daripada 12 panel polikarbonat bertinta.

Meskipun bentuk yang bersegi, Lo-Res Car ini tetap mempunyai unit lampu depan dan belakang, diikuti dengan logo United Nude beriluminasi.

Untuk menggerakkan kereta ini, United Nude menggunakan motor elektrik KDS berkuasa 6.7 hp yang dipadankan dengan transmisi kelajuan tunggal yang memacu roda belakang.
 

Lo-Res


Ruang kabin pula memang tidak menampilkan sebarang kemewahan, melainkan roda stereng krom berbentuk heksagon, serta panel instrumen yang digilap menampilkan dua unit paparan digital yang serba ringkas.

Model konsep ini dimiliki oleh Petersen Automotive Museum, namun bagi mereka yang berminat, Lo-Res Car boleh didapati menerusi bidaan di Bring a Trailer yang akan berakhir pada 16 Oktober ini.

Sehingga saat artikel ini ditulis, harga bidaan pada ketika ini mencecah $45,000 (RM187,628).
 

Lo-Res


Namun harus diingat, Lo-Res Car tidak halal digunakan di atas jalan raya.

Sumber: Bring a Trailer

Berita Berkenaan

Berita Global
Biarpun berdepan dengan risiko senarai hitam, ia tidak menghalang seorang pemilik Spectre untuk…
Berita Global
Salah satu barang panas itu ada di Amerika Syarikat, di mana model tahun 1990 yang masih lagi…
Berita Global
Koleksi Datsun Z ini sebenarnya dimiliki oleh seorang pengumpul yang juga memegang keahlian dalam…