Model kegemaran ramai Honda Civic kini 50 tahun, jualan hampir 30 juta!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda Civic Si Hatchback generasi kelima 1993
Honda Civic Si Hatchback generasi kelima 1993
Kereta penumpang kegemaran ramai iaitu Honda Civic sudah mencecah usia 50 tahun atau lebih tepat lagi diperkenalkan pada 11 Julai 1972.

Satu tempoh yang cukup lama dan berjaya menghimpunkan kelompok peminat tersendiri.

Civic pada asalnya hadir dengan gaya badan hatchback dan dipelbagaikan kepada sedan, wagon (Civic Shuttle) dan coupé selain versi berkuasa tinggi Type R.

Civic juga mempunyai rekaan berbeza dan dibahagikan kepada pasaran global, Eropah dan Amerika Syarikat.

Dengan usia panjang dan populariti yang dikecapi, jualan keseluruhan Civic sudah pun menghampiri 30 juta unit!
 Honda Civic Hatchback generasi pertama 1975

 

Civic sekarang ini adalah kereta Honda paling lama dan juga terlaris di dalam sejarah syarikat.

Di pasaran tempatan, Civic kekal popular di kala pengguna beralih kepada SUV. Bercakap tentang Civic, tidak sah jika tidak disentuh Amerika Syarikat.

Kenapa perlu sebut? Di sana, Civic mula dijual sejak awal tahun 1973 dan jualan keseluruhan sudah melebihi 12.3 juta unit!

Majoritinya dikeluarkan di kilang Honda di Amerika Utara dan turut menyumbang kepada ekonomi setempat.

 

Honda Civic CRX Si generasi keempat 1988

 

Berikut adalah fakta Honda Civic di Amerika Syarikat sejak lima dekad lalu:

  • Model kereta paling lama dalam sejarah Honda, dilancarkan di Jepun pada Julai 1972 dan Amerika Syarikat pada Mac 1973
  • Honda telah mengeluarkan lebih 11 juta Civic di Amerika Utara sejak pertama kali dikilangkan di Ohio pada 1986
  • Kereta ketiga terlaris di Amerika sejak lima dekad lalu dengan jualan melebihi 12.3 juta unit (Wards Intelligence/1972 - Jun 2022)
  • Model pertama menggunakan enjin CVCC (1975) dan enjin pertama yang memenuhi standard emisi AS tanpa penggunaan penukar bermangkin (catalytic converter)

 

Honda Civic Coupe generasi kesembilan 2012

 

  • 11 generasi dengan pelbagai gaya badan seperti coupé dua pintu, hatchback tiga pintu, sedan empat pintu, hatchback lima pintu dan wagon
  • Model berprestasi Civic Si pertama kali diperkenalkan pada 1986
  • Model hibrid pertama Civic diperkenalkan di Jepun pada 2001 dan Amerika pada 2003
  • Model berkuasa tinggi Civic Type R diperkenalkan di Amerika pada 2017 
  • Mendominasi jualan segmen kereta kompak selama 12 tahun berturut-turut dan mencatatkan satu daripada empat jualan runcit dalam kategori sama (Urban Science DataHub 2010-2021)

 

Honda Civic Type R 2017

 

  • Civic generasi ke-11 dinamakan sebagai Kereta Tahunan Amerika Utara 2022
  • Civic Type R baharu adalah model Civic paling berkuasa pernah ditawarkan di AS 
  • Civic dengan rangkaian kuasa elektrik hibrid akan diperkenalkan pada masa depan

Selain fakta di atas, Honda telah mengeluarkan kenderaan di Amerika selama 40 tahun dan sekarang ini mempunyai 18 pusat pegeluaran utama di Amerika Utara.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Honda Civic Hatchback generasi ke-11 2022

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Selain kuasa, Honda turut berkongsi harga di Jepun iaitu bermula dari 4,997,300 yen atau…
Berita Global
  Seperkara yang perlu diketahui, output enjin Civic Type R bergantung kepada pasaran sebagai…
Berita Domestik
  HMSB turut memberi kenyataan bahawa mereka juga berjaya menerima lebih 105,000 tempahan dari…