Model ikonik Hyundai Accent dihentikan di AS, SUV Venue jadi model aras mula

oleh Muhammad Md Tajudin|
Hyundai Accent
Hyundai Accent
Kereta aras mula memang penting buat pengeluar sebagai contoh Proton Saga, Perodua Axia dan sebagainya. 

Model sebegitu boleh menjadi akses kepada banyak lagi model akan datang selain menjadi kereta kedua atau ketiga.

Hyundai pula terkenal dengan Accent dan dijual di banyak buah negara termasuk pasaran tempatan.

Suatu yang istimewa Accent digunakan di dalam Kejohanan Rali Dunia (WRC) selama tiga musim dari 2000 hingga 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Hyundai Accent

 

Di negara maju Amerika Syarikat, Accent tidak pernah ketinggalan untuk dijual sejak generasi pertama tahun 90an sehingga generasi kelima yang diperkenalkan pada tahun 2017.

Beberapa tahun di pasaran, Hyundai kini menamatkan penawaran Accent di Amerika Syarikat dan tidak kedengaran pengganti untuk model ikonik ini.

Hyundai Motor America memaklumkan Accent tidak disambung disebabkan perkembangan barisan SUV termasuk Venue yang kini menjadi model aras mula untuk syarikat.

Ini bermakna SUV Venue merupakan model Hyundai paling murah di sana.

 

Hyundai Accent

 

Perkembangan yang sama juga menunjukkan tawaran sedan Hyundai di Amerika Syarikat semakin mengecil.

Di sebalik perkembangan tersebut, Hyundai memperakui sedan kekal penting dan akan terus menawarkan Elantra dan Sonata.

Semasa penawarannya di Amerika Syarikat, Accent ditawarkan dalam gaya badan sedan dengan enjin 1.6 liter GDi berkuasa 130 hp.

Suatu yang menarik pembeli boleh mendapatkan Accent transmisi manual atau automatik enam kelajuan.

 

Hyundai Venue 2022

 

Model 2020 menyaksikan perubahan rangkaian kuasa, enjin 1.6 GDi diganti dengan enjin 1.6 Smarstream DPI.

Kotak gear automatik ditukar kepada Intelligent Variable Transmission (IVT). 

Kuasa yang dihasilkan ialah 120 hp pada 6,300 rpm dan daya kilas 153 Nm pada 4,500 rpm. 

Sebagai model aras mula, carian di laman web Hyundai menunjukkan Accent 2022 ditawarkan dari USD$16,645 (RM73,396)

Kini tiada lagi Accent di Amerika Syarikat dan model Hyundai paling mampu milik ialah SUV Venue 1.6 DPI yang dijual dari USD$19,000 (RM83,780).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Hyundai Venue 2022

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di…
Berita Global
  Jarak roda Sonata Taxi 70 milimeter (mm) lebih panjang berbanding teksi Sonata New Rise (…
Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…