Model Ford GT emas - US$40,000 (RM170k)

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kita ada ramai pengumpul model skala kenderaan.

Contoh paling popular ialah Hotwheels, Majorete, Matchbox, Bburago, Auto Art dan sebagainya.

Namun begitu, sebuah syarikat perhiasan, Ahee Jewelers dari Gross Point, Michigan telah menghasilkan sebuah model berskala 1:25 yang dibuat dari emas 18-karat.

Model Ford GT tahun 2006 itu dianggarkan bernilai antara US$30k ke US$40k dan akan dijual oleh syarikat lelong terkenal, Sotheby's secara online.

 

 

Ahee Jewelers benar-benar menghasilkan satu model yang sangat sukar untuk dilakukan kerana bahagian kabin, ruang enjin, kompartmen hadapan, batang ekzos, diffuser dan nombor plet dibuat sebagai komponen berasingan.

Roda aloi itu dibalut dengan tayar getah asli dan model ini disimpan di dalam bekas plastik khas dengan lantai cermin - diberi percuma kepada pembida berjaya.

Model emas ini lebih sedikit dari tujuh inci panjang dan seberat 1.47 kg.

 

 

Sotheby's walaubagaimanapun mengaku ada sedikit kecacatan pada model ini.

Ada satu calar halus di bahagian sisinya dan tempat di mana pintu dibuka dan ditutup mengalami kesan geseran.

Bidaan sekarang ini bermula pada US$24,000 dan masih tiada bidaan.

Anda empat hari lagi untuk membida. Sila ke laman web Sotheby's di pautan ini untuk meletakan bidaan anda.