Model facelift Auris Sports Touring sedang diuji - jangkaan memasuki pasaran hujung tahun ini

oleh Mohamad Hanif|
Toyota dilihat sedang menguji versi wagon kepada model Auris 2019 iaitu Toyota Auris Touring Sports atau lebih dikenali dengan nama popular Toyota Corolla.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sumber gambar dari CarScoops ini memperlihatkan kereta ujian yang sarat dengan pelekat samaran menutupi hampir keseluruhan bentuk wagon tersebut.

Apa yang pasti model ini akan mengguna pakai reka bentuk hadapan fascia yang serupa seperti saudara hatchbacknya. 

 


Jarak di antara roda telah dipanjangkan sebanyak 40 mm berbanding model terdahulu memberikan ruang dalaman yang lebih luas dengan kepanjangan 2,640 mm, lebih panjang berbanding model Golf Variant. 

Direka menggunakan platform global TNGA (Toyota New Global Architecture), Toyota Auris Sports Touring dijangka akan menawarkan dua sistem pacuan kuasa yang berbeza; enjin 1.8 liter (120 hp) dan enjin 2.0 liter hibrid (178 hp).

 


Manakala ruang dalaman kabin pula berkongsi panel instrumen yang serupa pada Toyota Auris hatchback yang menampilkan sistem hiburan 8 inci, ciri pengecaman suara, sistem pengecasan tanpa wayar Qi, paparan multi-info TFT bersaiz 7 inci, kemasan kulit upholstery, kawalan iklim dan sistem keselamatan aktif terkini. 
 


Toyota Auris Sports Touring dijangka bakal bersaing dengan model-model sekelas seperti VW Golf Variant, Hyundai i30 Tourer, Renault Megane Sports Tourer, Peugeot 308 SW dan Vauxhall Astra Sports Tourer. 

Pasaran Eropah bakal menerima kehadiran model terbaharu ini bermula hujung tahun ini atau selewat-lewatnya awal 2019.