Model EV pertama Rolls-Royce akan digelar... Silent Shadow

oleh Mohamad Hanif|
Rolls-Royce diberitakan sedang membangunkan model kereta elektrik pertama dan dikatakan ia merupakan sebuah model serba baharu dan bukan dibangunkan daripada model-model sedia ada.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana berdasarkan laporan beberapa bulan yang lalu, Rolls-Royce dikatakan akan mengenepikan teknologi hibrid dan plug-in hybrid untuk terus menawarkan kereta elektrik tulen kepada pelanggannya.

Nama yang bakal dipakaikan pada model baharu ini cukup kena dengan imej yang bakal dibawakan sebagai sebuah EV pertama Rolls-Royce, iaitu Silent Shadow.

 


Menurut laporan daripada Autocar, terdapat sebuah prototaip yang disimpan di hab R&D BMW yang menjadi model ujian dan asas kepada pembangunan trenkuasa elektrik untuk Silent Shadow ini.

Sebagai sebuah syarikat di bawah naungan BMW, Rolls-Royce Silent Shadow ini akan banyak berkongsi komponen dengan BMW i7 (7-Series versi elektrik), seperti motor elektrik, gandar, serta pek bateri yang disumberkan daripada Samsung SDI.

 


Namun tidak seperti BMW i7 yang dibangunkan daripada seni bina CLAR, Rolls-Royce akan menggunakan platform spaceframe aluminium yang tersendiri dengan konfigurasi pacuan roda belakang dan pacuan semua roda.

Pek bateri untuk Silent Shadow ini dikatakan mempunyai kapasiti 100 kWh dan membenarkan jarak operasi sejauh 500 km untuk sekali cas penuh.

 


Selain daripada itu, Rolls-Royce juga diberitakan akan membangunkan Cullinan versi elektrik sepenuh masa yang membawakan konfigurasi yang hampir serupa dengan BMW iX.

Terdapat beberapa laporan mencadangkan EV bespoke Rolls-Royce ini banyak mengambil inspirasi daripada model konsep 103EX, namun butiran lanjut berkenaan model serba baharu Silent Shadow ini akan didedahkan lebih teliti menjelang akhir tahun ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Rolls-Royce sebelum ini telah pun memperlihatkan dua buah model konsep EV, satu daripadanya pada…
Berita Global
Projek kereta ini dikendalikan oleh West Coast Customs - nama yang sebelum ini terkenal dengan…