Model baharu yang bakal muncul tahun 2022

oleh Mohamad Hanif|
Pejam celik pejam celik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tak sangka, tahun 2021 sudah pun hampir melabuhkan tirainya, dalam keadaan dunia yang masih bergelut dengan pandemik COVID-19, diikuti dengan krisis kekurangan cip semikonduktor yang melanda global.

Tahun 2022 dijangka bakal menyaksikan kehadiran beberapa buah model baharu yang mampu merancakkan lagi segmen automotif tempatan.

Berikut merupakan antara senarai model baharu yang bakal 'mendarat' di pasaran Malaysia pada tahun hadapan, mengikut pengeluar:
 

1. Proton


Kelibat model ujian SUV tiga baris tempat duduk Geely Haoyue (Geely Okavango di Filipina) telah pun beberapa kali dikesan oleh para pembaca Careta. Berkemungkinan besar pelancaran rasminya dijadualkan pada tahun depan.

Baca: Kelibat Proton X90 dikesan

Selain itu, beberapa model juga turut akan diberikan kemaskini, seperti contoh Proton X70, serta sedan marhaen Saga yang dikatakan akan menerima perubahan kecil.

 

2. Perodua

kami jangka bentuk Alza baharu tak lari jauh dari rekaan Daihatsu Xenia


Yang paling dinanti-nantikan, pengganti MPV Perodua Alza.

Hal ini sudah disahkan sendiri oleh Presiden Perodua, Dato' Zainal Abidin Ahmad di mana ia bakal menggunakan platform serba baharu, enjin 1.5 liter dengan transmisi CVT serta penawaran ciri keselamatan termaju Perodua Smart Drive Assist (PSDA) seperti yang diperlihatkan pada model Myvi facelift baru-baru ini.

Baca: Perodua Alza bakal lancar tahun depan

 

Rocky


Perodua juga dikatakan sedang menguji model Ativa dengan trenkuasa hibrid.

Mengikut spesifikasi, kembarnya Daihatsu Rocky e-Smart Hybrid dikuasakan oleh motor elektrik tunggal (106 hp, 170 Nm) yang memperoleh kuasanya daripada bateri 4.3 Ah, dibantu dengan enjin petrol tiga silinder sebaris 1.2 liter WA-VEX aspirasi natural berkuasa 82 hp dan 105 Nm yang bertindak sebagai unit penjana kuasa semata-mata.

Baca: Daihatsu Rocky e-Smart Hybrid

 

3. Toyota


Antara yang mencuri tumpuan adalah Corolla Cross Hybrid yang merupakan model CKD pertama di Malaysia yang dipasangkan dengan trenkuasa hibrid, harga anggaran bermula dari RM137k.

Baca: Toyota Corolla Cross CKD

 

GR


Selain itu, UMW Toyota juga berkemungkinan besar akan membawa masuk sebuah lagi model berprestasi tinggi GR, iaitu GR86 bagi melengkapi keluarga Gazoo Racing yang telah diwujudkan sebelum ini, dimulakan dengan GR Supra, GR Yaris serta sebuah sedan Vios GR-S.

Baca: Toyota GR86 2022

Anda sudah membaca berita berkenaan Avanza generasi baharu? Terdapat kemungkinan besar model ini juga bakal menuju ke pasaran Malaysia untuk tahun depan.

Baca: Toyota Avanza 2022
Baca: Daihatsu Xenia 2022

 

4. Honda


Jenama H kegemaran rakyat Malaysia akan membawa model baharu, dimulakan dengan sedan segmen C Honda Civic yang kini telah pun dibuka tempahannya.

Baca: Honda Civic 2022

 

BR-V


Bagi mereka yang gemarkan MPV, Honda BR-V generasi baharu bakal muncul bagi memberikan saingan kepada model di dalam segmennya, seperti Xpander, Rush, serta Aruz.

Baca: Honda BR-V 2022

 

HR-V


Generasi baharu crossover Honda HR-V juga dijangka akan muncul kelak.

Baca: Honda HR-V 2022

 

5. Mazda


Model baharu yang bakal dibawakan oleh Mazda merupakan sebuah SUV berkuasa elektrik MX-30 yang akan muncul sekitar suku ketiga atau suku keempat tahun 2022.

Baca: Mazda MX-30 2022

Selain itu, Mazda Malaysia akan memperkemaskan penawaran model sedia ada seperti Mazda 3, CX-3, CX-30, CX-8, dan model roadster MX-5.

 

6. Kia


Di bawah pengurusan baharu, jenama daripada Korea Selatan ini nampaknya bakal menjadi satu entiti yang agresif pada tahun hadapan.

Ini kerana jenama tersebut membawakan beberapa buah model baharu yang bakal diperkenalkan untuk tahun hadapan, seperti berikut:

  • Kia Carnival 2022 - pelancaran CBU, diikuti versi CKD pada bulan April
  • Kia Sorento 2022 - pelancaran CKD Q3/Q4 2022
  • Kia Seltos 2022 (facelift) - pelancaran Q4 2022
  • Kia Niro 2022 - pelancaran CBU hibrid Q4 2022, diikuti CKD untuk versi PHEV dan EV
  • Kia Sportage 2022 - pelancaran CBU Q3/Q4 2022, diikuti CKD untuk tahun 2023

Model pemasangan tempatan jenama Kia mengambil tempat di kilang Inokom, Kulim Kedah.

Selain daripada model-model yang disebutkan tadi, Kia juga akan membawakan sebuah model SUV elektrik, Kia EV6 2022 yang dilaporkan akan muncul di tanah air pada suku ketiga atau keempat tahun hadapan.

Baca: Kia EV6 2022

 

7. Subaru


Jenama yang terkenal dengan sistem pacuan semua roda Symmetrical AWD dan enjin boxer itu mempunyai perancangan yang menarik pada tahun depan.

Antara yang bakal muncul di pasaran Malaysia termasuklah sedan WRX 2022, diikuti dengan model WRX Sportwagon (Levorg) dan model Outback.

Baca: Subaru WRX 2022
Baca: Subaru WRX Sportwagon 2022
Baca: Subaru Levorg 2022
Baca: Subaru Outback 2022

 

BRZ


'Kembar' kepada Toyota GR86, Subaru BRZ juga dijangka akan muncul pada tahun hadapan.

Baca: Subaru BRZ 2022
Baca: Bagaimana nak bezakan GR86 dengan BRZ?

 

8. Peugeot


Selain daripada Kia, jenama Peugeot juga kini berada di bawah pengurusan baharu, dan jenama Singa Perancis itu turut mempunyai perancangan untuk pasaran Malaysia.

Salah satu daripadanya merupakan model crossover Peugeot 2008 yang telah pun memulakan proses pemasangan tempatan pada bulan lalu.

Peugeot 2008 juga turut mempunyai varian elektrik sepenuhnya, e-2008 EV yang dijangka membuat kemunculan rasmi pada suku keempat tahun hadapan.
 

Peugeot


Selain daripada itu, Peugeot juga turut mencari peluang untuk 'mengacau' segmen trak pikap menerusi model Landtrek, versi rebadge daripada model Changan Kaicheng F70.

Baca: Peugeot Landtrek


9. Ford

 

Ford Ranger generasi terkini baharu sahaja dilancarkan di peringkat global pada bulan lalu, dan ia dijangka akan masuk pasaran Malaysia pada tahun hadapan, dan kalau tiada aral melintang, mungkin sekali bersama dengan model kembar SUV-nya, Ford Everest.

Baca: Ford Ranger 2022
Baca: Teaser Ford Everest 2023

 

10. Mercedes-Benz


Ketika pelancaran model CKD A-Class dan GLA-Class tempoh hari, Mercedes-Benz Malaysia mengesahkan kehadiran model sedan generasi baharu C-Class bagi melengkapi penawaran sedan sedia ada.

Baca: Mercedes-Benz C-Class 2022

Di peringkat global, Mercedes-Benz sudah pun memiliki beberapa buah model kenderaan elektrik dibawah subjenama EQ, seperti sedan EQS, sedan EQE, SUV EQA, dan SUV EQB (sekadar menyebut beberapa contoh).

Tidak dapat dipastikan model EV manakah yang bakal dibawa masuk kelak, namun berdasarkan laporan terdahulu, pihak MBM komited untuk membawa masuk model-model EQ untuk pasaran Malaysia. 

Baca: Mercedes-Benz EQA 2022
Baca: Mercedes-Benz EQB 2022
Baca: Mercedes-Benz EQE 2023
Baca: Mercedes-Benz EQS 2022


11. BMW


Selain daripada model SUV elektrik BMW iX dan BMW iX3, BMW Group Malaysia turut membawakan sebuah lagi model sedan berkuasa elektrik, iaitu BMW i4.

Untuk pasaran Malaysia, ia ditawarkan dalam varian tunggal eDrive40, di mana sedan ini hadir dengan konfigurasi motor elektrik tunggal pacuan roda belakang yang menghasilkan output 335 hp dan 416 Nm, serta sistem transmisi kelajuan tunggal yang membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.7 saat.

Dengan pek bateri berkapasiti 81.5 kWh, BMW i4 eDrive40 ini mampu bergerak sejauh 590 km untuk sekali cas.

Baca: BMW i4

Berita Berkenaan

Berita Global
Buat masa ini, ia tidak diketahui sepenuhnya berkenaan kenderaan model baharu ini. Sebelum ini,…
Berita Domestik
Terdapat berita baik bagi mereka yang menantikan kehadiran model-model terbaharu jenama China itu…
Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr Li Chunrong dalam satu acara yang…