Model baharu Lotus 'Made in China'

oleh Mohamad Hanif|
Pemilik jenama Lotus yang juga memegang saham di dalam Proton, Geely merancang untuk memulakan produksi kereta sports Lotus di fasiliti yang terletak di bandar Wuhan, China.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kilang pemasangan bernilai $1.3 billion itu dijangka mampu memasang kira-kira 15,000 kereta setahun, selain menjadi lokasi produksi SUV pertama daripada Lotus. 

Kenyataan ini dibuktikan lagi dengan penemuan sekurang-kurangnya 20 iklan kekosongan jawatan yang diterbitkan dalam laman web Geely bagi menggalas tugas di Lotus. 

Ketika ini, Lotus hanya memproduksikan model seperti Evora dan Elise, dan berdasarkan jumlah jualan tahun lalu, Geely hanya berjaya menjual 1,630 unit Lotus di pasaran global.

Mengikut jejak langkah Porsche, Lotus mahu memfokuskan kepada pembangunan SUV mewah di mana ia menjadi permintaan hangat di pasaran China ketika ini. 

Menurut laporan JD Power, walaupun mempunyai pegangan yang kecil, pasaran segmen SUV mewah di China meningkat daripada 4.07% (tahun 2014) kepada 5.01% pada tahun lalu. 
 


Sebelum ini, Lotus dilaporkan bakal memperkenalkan dua buah model baharu, di mana salah satu daripadanya akan menggantikan kereta sedia ada.

Sebuah lagi model akan dikhususkan kepada kegunaan di dalam litar edisi terhad, dan penjualannya bakal diposisikan di atas model Evora. 

Manakala SUV baharu daripada Lotus pula dijangka akan menggunakan platform CMA sedia ada daripada Volvo yang turut sama menghasilkan Volvo XC40, Lynk & Co 02 dan Geely FY11.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dari segi prestasi, kuasa sehingga 905 bhp membolehkan Emeya memecut dari 0 sehingga 100…
Berita Global
Usah risau, ini kerana Lotus Emeya sudah pun selesai menjalani ujian pembangunan menyeluruh dalam…
Berita Global
Bermula tahun 2027, Lotus akan menjadi sebuah jenama EV sepenuh masa, di mana peranan yang…