Model baharu Husqvarna? Bukan, ini Feiken TT250 dari China!

oleh Mohamad Hanif|
Masalah peniruan reka bentuk masih lagi berleluasa di China, dan ia tidak tertakluk kepada rekaan kereta dan SUV semata-mata. Motosikal juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa peniruan rekaan di sana.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terbaharu, syarikat motosikal dari China FK Motors telah melancarkan sebuah model baharu yang dinamakan sebagai Feiken TT250, dan sekali imbas anda sebenarnya boleh mengagak rekaan asal motosikal ini.

 


Dari segi penampilan, boleh dikatakan setiap aspek rekaan daripada Husqvarna 250 telah ditiru semula seperti penggayaan neo-retro, lampu utama berbentuk bulat, tangki bahan api, pelana yang rata, serta paparan meter digital berbentuk bulat.

Apa yang membezakan antara kedua-dua model tersebut hanyalah penggunaan lengan ayun sisi tunggal pada model Feiken TT250, serta unit ekzos yang lebih kompak menjadikan penampilan motosikal ini lebih unik.

 


Selain itu, Feiken TT250 dipasangkan dengan rim bersaiz 17 inci yang dibaluti tayar 110/70 dan 150/60, sementara sistem brek pula terdiri daripada rotor 300 mm hadapan dan 260 mm di bahagian belakang.

Dari segi kuasa, Feiken TT250 dijana dengan enjin 249 cc sejukan cecair yang menghasilkan 28 kuasa kuda @ 9,750 rpm dan daya kilas puncak 21.7 Nm @ 7,500 rpm.

Sebagai perbandingan, Husqvarna Svartpilen 250 berupaya menghasilkan kuasa yang jauh lebih tinggi,  iaitu 31 hp dan daya kilas 24 Nm.

 


Menurut laman web Rushlane, motosikal Feiken TT250 ini diproduksikan oleh Zhejiang Chungfeng, syarikat induk yang memiliki CFMoto, dan seperti yang semua maklum CFMoto mempunyai kerjasama rapat dengan KTM, syarikat induk Husqvarna.

Sumber: Rushlane

 

 

Husqvarna Svartpilen 250

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Menggunakan kerangka trellis chrome-molybdenum yang ringan, Norden 901 menjanjikan pengalaman…
Berita Global
Antara penambahbaikan yang telah dibuat termasuklah meningkatkan aspek prestasi suspensi dan…