Model AMG akan datang akan jadi lebih 'senyap'

oleh Mohamad Hanif|
Tatkala undang-undang kini memerlukan kenderaan elektrik menghasilkan bunyi yang wajib didengari ketika di dalam kelajuan tertentu, terbalik pula keadaannya kepada kereta konvensional.

Menurut peraturan baharu yang dikuatkuasakan di Eropah, kereta baharu perlu memiliki not ekzos yang lebih senyap termasuklah kenderaan berprestasi tinggi. 

Ini bermakna, daripada model seperti Mercedes-AMG A 45 sehinggalah kepada supercar berkuasa tinggi, kesemuanya tertakluk di bawah undang-undang baharu di Eropah. 

Namun, Mercedes tidak berhasrat untuk menghasilkan talaan yang berbeza untuk pasaran di luar Eropah. 
 


Ini kerana menurut satu temubual yang dijalankan oleh Motoring, ketua perancangan produk Mercedes-AMG Bastian Bogenschutz berkata, mereka akan turut melaksanakan perubahan tersebut secara keseluruhannya. 

Tambah beliau lagi, untuk menghasilkan talaan yang berbeza dan spesifik untuk sesuatu pasaran sememangnya akan menelan belanja yang lebih besar. 

Untuk mendatangkan 'kepuasan' kepada para pelanggannya, Mercedes-AMG menggunakan pendekatan yang berbeza - iaitu mengintegrasikan not ekzos yang didengari dari dalam kabin dengan sistem audio. 

Nampaknya, anda perlu mengucapkan selamat tinggal kepada not-not ekzos yang mengancam dari barisan jentera Mercedes-AMG tidak lama lagi. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, strategi tersebut dikatakan tidak mencapai sasaran jualan yang diharapkan kerana ramai…
Berita Global
Menariknya, ia bukan sekadar sebuah jentera konsep biasa, tetapi sebuah projek dua dalam satu yang…
Berita Global
Imej baharu yang didedahkan menunjukkan kabin model ini direka dengan pendekatan digital sepenuhnya…