MKN bincang semula larangan merentas negeri, keputusan diumumkan 2 Mac ini

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Bernama
Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini akan mengadakan perjumpaan khas bagi membincangkan kembali larangan merentas negeri di negeri yang tertakluk di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Keputusan terhadap larangan pergerakan merentas negeri itu dijangka akan diumumkan pada 2 Mac ini.

Menurut Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, pada ketika ini PKP, PKPB dan PKPP yang dilaksanakan akan berakhir pada 4 Mac ini.

"Dua hari sebelum tamat, saya akan mengumumkan keputusan perbincangan mesyuarat khas MKN," ujar beliau dalam satu taklimat media.

Terdahulu, Menteri Kanan tersebut disoal sama ada kerajaan akan membenarkan pergerakan merentas negeri untuk negeri PKPB yang kini menunjukkan tanda-tanda pemulihan dengan jumlah kes COVID-19 rendah yang dilaporkan.

Setakat ini, negeri yang tertakluk di bawah PKPB adalah Kedah, Perak, Melaka, Pahang, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan, Putrajaya, Labuan dan Sabah.

Perlis merupakan satu-satunya negeri di bawah PKPP, sementara negeri lain (Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor) di bawah PKP.

Sumber: The Star

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Akhbar ini menafikan ada kaitan dengan penularan mesej terbabit. Malah semakan BH mendapati,…